Rabu, Julai 23, 2008

禁令中文 路標! Ban Chinese Roadsign!

Apa ni? 你寫什麼 ? Tak paham! 有腦子或沒有? Tulis apa ni?

Terlalu banyak pendapat yang tidak ditapis oleh satu kerajaan yang kuat dan kukuh akan mengakibatkan perlaksanaan dasar-dasar yang caca marba. Contohnya, selepas Georgetown di masukkan ke senarai World Heritage List UNESCO, muncul tindakan Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang yang dikepalai Thor Teong Ghee, meletakkan papan tanda nama jalan dalam Bahasa Cina di Georgetown. 是這的 ???? Apa ni ?? 這是馬來西亞 !! 別固執!!

Hanya tulisan rumi digunakan dan hanya nama-nama tinggalan British yang akan diabadikan sebagai nama jalan di Penang bagi menyesuaikan Penang sebagai warisan dunia British. Mengapa ada bahasa Cina? Tidak cukupkah tanda-tanda perniagaan berbahasa Cina yang tidak pernah diharamkan? Adakah ini 唐人街 (pekan cina / chinatown) yang sememangnya terdapat di seluruh Malaysia termasuk pekan-pekan kecil.

我們不知道! (Kami tidak tahu!). ya. Memang tulisan itu bukan untuk kawasan ini. Majoriti penduduk negara ini tidak tahu binatang apakah yang tertulis itu. Itu bukan bahasa rantau ini. Jadi mengapa mereka mahu memampang nama jalan dalam bahasa Cina?

這是馬來西亞 !! 別固執!! (Ini Malaysia! Jangan Degil!!)Perlu kah dijerit ayat-ayat itu ke telinga mereka-mereka yang degil ini? Tetapi apakah maksud karekter-karekter itu? Cukup sedikit mereka yang mengetahuinya di negara ini. Negara ini bersifat uniform dalam pentadbirannya walaupun bersifat persekutuan. Seharusnya, bahasa Cina tidak mendapat tempat langsung dalam Kerajaan Malaysia. Namun setelah memberi ruang, mengapa mereka kini menjadi kaduk naik junjung?

親愛的中國人,不是所有人知道讀中文.如果你有腦子,考慮它!!!