Jumaat, Julai 25, 2008

Yoptanjong : Thumbs-Up




Sebenarnya, saya tak teruja pun nak membazirkan ruang dalam blog saya untuk menilai dan cercaan blogger lain. Bila dikatakan sila belajar tinggi sikit, dikatakan kita sombong. Bila dihentam Pakatan Rakyat, dikata kita UMNO. Bila kita neutral dikatakan kita tak berpedoman. Sebab suruh belajar tinggi sikit tu, tak lain tak bukan, supaya tak terjadinya perkara di atas!!

Sebenornya, ada baiknya juga la saya ni ringan nak menyindir Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama berpeluang juga menyindir UMNO-BN. Saya bukan belatuk. Saya bukan kipas-susah-mati yang mengipas ponggong politikus kegemaran saya tanpa henti.

Alkisah, ada la sorang blogger yang menggelarkan dirinya yoptanjung, anak jati Tanjung Tualang. Bila teman tengok real-time FEEDJIT, orangnya duduk di Kolumpo. Memang banyak orang merantau kat Perak tu spesis belatuk. Dia pun dengan takde rasa segan, memulakan kempen provokasi di blog teman dengan ayat-ayat yang mengajak teman berbahasa peringkat kedua. Kasor le sikit kan. Orang Perak. Memang la bahasa banyak peringkat.

Dikatanya blog teman blog cut and paste, itu hak dia. Dikutuknya teman dalam blog dia yang katanya lebih creditable dari blog teman ( sebab dilistkan dalam Malaysiakini) teman aper nak heran. Perlu ke teman heran. Dengan cerita-cerita dia pasal teman dalam blog dia yang 'glamour' tu dah cukup untuk menjatuhkan kredit blognya. Itu la yang teman maksudkan tak ke sekolah. Bila kata macamtu, kita dikatanya sombong. Itu bahasa halus kepada ' apa la bangang benor kamu ni '.

Teman idak le pandai maner. Teman ni bodoh-bodoh alang je. Tapi teman pandai sikit kot dari pengguna IP 124.82.75.87 tu. Hehe. Kalo nak berdrama kot ye pun pakai le broadband yang bertukor IP tiap kali reconnect. Ye tak. Teman sekolah darjah 3 pun tau semua ni.

Ade etika ke masuk blog orang dengan menggunakan nama yang berbeza kemudian menggempor orang seolah-olah ada perbincangan besor antara beberapa orang yang hakikatnya orang yang sama. Macamni ke blogger yang tersenarai di Malaysiakini? Lagi satu, dengornya tak sior nak masuk blog teman lagi? Hehehe. Rupanya bukan saja Najib-Saiful-Anwar je yang suka berdrama. Si blogger tak abeh ngaji ni pun suka BERDRAMA.

Takpe la. Tuhan dah tunjuk hakikat tak elok pada miker, elok la miker kaji diri tu balik. Teman ni blogging dari tahun 2004. Tak hadap ngan politik-politik ni sehinggalah KERAJAAN BONEKA wujud di negeri teman. Tak sior teman nak di listkan kat Malaysiakini ke Malaysiakuno. Jangan la anggap teman ni giler glamour macam miker. Teman perjuangkan golongan yang JELAS MENENTANG kerajaan boneka.

Teman tak perlu merapu meraban mengaku orang Selibin, orang Manjoi, orang tah memane lagi semata-mata nak reka benda yang takde. Ingat tu yoptanjong. Udah-udahle dengan perangai provoke miker. No creditlah. Sinonim sangat dengan parti sembahan miker. Ingat nak jenguk blog miker. Tapi miker pun meroyan tak tentu kire, so tak sior le teman. Tuhan Maha Kaya.

Sekian, terima kasih.