Ahad, Ogos 03, 2008

Melemahkan UMNO Johor?

Utusan Online, 3 Ogos 2008

Shahrir terkilan dengan Iskandar Malaysia

03/08/2008 3:23pm

JOHOR BAHRU 3 Ogos – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad melahirkan rasa terkilan terhadap projek pembangunan Iskandar Malaysia yang didakwanya masih tidak memberi keutamaan kepada penduduk di bandar itu.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, ini kerana Iskandar Malaysia sehingga kini tidak menampakkan impak dan manfaat langsung kepada rakyat tempatan, khususnya peniaga-peniaga kecil di kawasan seluas 2,217 kilometer persegi di selatan Johor itu.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan masyarakat tempatan dan peniaga tidak menerima dengan baik program pembangunan wilayah tersebut.

Katanya, kalau masyarakat tempatan dan peniaga di Iskandar Malaysia tidak merasakan ia satu konsep yang membantu mereka maka projek pembangunan itu tidak mendapat kejayaan.- Utusan.

Analisis

Apakah agenda tersembunyi kerajaan pimpinan Pak Lah dalam membangunkan koridor-koridor pembangunan yang dikecam sebagai tindakan menjual tanah dalam negara kepada orang asing ini? Ahli Parlimen Johor Bahru yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad akhirnya bersuara juga.

Apakah ini merupakan satu lagi konspirasi yang cuba dilakukan oleh rejim Pak Lah dalam menjatuhkan lagi populariti kerajaan Barisan Nasional yang kuat bertapak di negeri Johor? Apakah segalanya merupakan taktik halus untuk memastikan PKR yang pada masa ini memimpin Pakatan Rakyat untuk masuk menembusi negeri Johor? Mengapa pengabaian terhadap rakyat semakin berleluasa?

Wallahualam Bisawab.