Sabtu, Ogos 23, 2008

Sumpahan Mata Kiri

Tiada niat untuk penulis memberi kredit kepada kerajaan Barisan Nasional. Tiada sebab untuk penulis berasa perlunya membela Barisan Nasional. Namun saya berniat untuk mengutarakan bahawa Parti Keadilan Rakyat perlu diubah. Parti Keadilan Rakyat perlu menyingkir Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat perlu melakukan reformasi atas parti itu sendiri sebelum membayangkan bentuk reformasi ke atas corak pimpinan kerajaan pusat hari ini.


Sumpah Timbalan Perdana Menteri bagaikan tidak layak dipercayai. Sumpah Saiful dipermain-mainkan. Siapakah yang mereka percayakan? Anwar atau Tuhan ? Ini telah mendatangkan persoalan di Permatang Pauh apabila calon BN mempersoalkan mengapa Anwar tidak percayakan apa-apa. Apakah beliau seorang freethinker yang menggunakan Islam sebagai jalan untuk berkuasa?

Segalanya seolah-olah keterangan nyata hampir mengatasi keterangan yang palsu. Untuk itu, berhati-hatilah.