Rabu, Ogos 27, 2008

Anwar Menang, Islam Kalah

Anwar menang seperti yang dijangkakan di Permatang Pauh. Menang bergaya dengan majoriti melebihi 15,000 undi. Ketuanan Rakyat yang dilaung-laungkan disokong orang-orang kampung dan bandar. Rata-ratanya Melayu Islam yang dahulunya membanjiri bandar-bandar utama di Malaya kerana menentang Ketuanan Rakyat ala Malayan Union pada tahun 1946 hari ini berpaling arah.

Ramai yang menyebut bahawa helah penyokong kerajaan semata-mata yang menuduh Anwar bersekongkol dengan Yahudi. Inilah hasil dari kajian yang menunjukkan rakyat negara ini kurang membaca. Inilah hasil yang dimahukan. Ralit dengan Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Melodi, kisah-kisah artis, kisah-kisah modify kereta, modify motor dan nafsu-nafsi, ramai rakyat Malaysia terlalu cetek ilmunya.

Tambahan pula Parlimen Permatang Pauh yang terkenal dengan kejadian mat rempit menyerang polis, menyerang balai polis dan itu sudah cukup memperlihatkan natijah dari sosialogi masyarakat di situ dan hasilnya, golongan muda yang terhasil boleh dikatakan special breed.

Kemenangan Anwar merupakan kemajuan Malaysia setapak lagi menuju akhir zaman. Beliau yang dikehendaki oleh Kongres Amerika untuk menjadi ketua pemerintah Malaysia akan sanggup berbuat apa sahaja demi pertubuhan yang dianggotainya.

Sebutlah apa juga tuntutan yang membolehkan beliau menjadi PM, nescaya akan terlaksana hatta meminta sebuah gereja terbesar di Asia di bina di boulevard Putrajaya.

Penyokong PKR kini buta hati, buta perasaan dan tidak mahu lagi mendengar akan kebenaran. Ibarat bertuhankan Anwar, mereka tidak lagi mahu melihat apa-apa selain sumber yang mereka anggap boleh mereka sekutukan. Seandainya fakta diterima dari sebuah masjid yang disampaikan oleh seorang imam yang tidak menyokong Anwar, mereka rela berpandukan fakta yang diterima dari paderi gereja yang menyokong Anwar.

Firman Allah yang bermaksud :

[8] Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

[9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

[10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Surah Al-Baqarah ( 1 : 8 - 10 )


Jelas bahawa hari ini, bahasa nista, syak wasangka, kata-kata dusta menjadi mainan sehinggakan sesetengahnya terpaksa bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan dakwaan masing-masing.

Tidak datang akhir zaman sehinggalah Dajjal Al-Masikh menguasai manusia. Tidak datanglah Dajjil seandainya tiada siapa yang sanggup untuk mempercepatkan kedatangannya. Tidak adalah sesiapa yang sanggup mempercepatkan kedatangannya seandainya tiada manusia yang tidak beragama lagi.