Isnin, September 22, 2008

Dia Sudah Sasau Maa..

Utusan Online, Isnin, 22.09.2008

Teresa dakwa makanan diberi 'lebih baik sedikit daripada makanan anjing'

22/09/2008 3:07pm

SHAH ALAM 22 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

Beliau menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu 'seperti makanan anjing'.

Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini. - Utusan.

Ulasan

Begitulah lagak orang yang suka berpolitik. Habis dituduh sana sini. Balik-balik, Utusan Malaysia yang disalahkan. Padahal berita itu dipetik dari Malaysiakini.

Mengapakah Teresa Kok bagaikan perempuan sasau kali ini? Mungkin kerana tidak dapat menikmati itik gantung atau babi panggang sepanjang 7 hari ditahan ISA.

Perempuan ini pada awal tertubuhnya kerajaan PR di Selangor lantang cuba menguji had orang Melayu sebagai cubaan bagi melihat sejauh mana respon orang Melayu berhubung isu azan. Apabila isu ni diketengahkan, lekas-lekas dia mengeluarkan kenyataan menafikan, malah mengaku tidak mempunyai masalah dengan laungan azan.

Teresa, you tak perlu cakap macam ular. Kita tau you orang politik. Tapi please la. Be responsible and accountable. Bukan dengan prinsip politik yang you pegang. Tapi dengan otak dan lidah you sendiri. Pakai baik-baik la. Lee Lam Thye pun pernah jadi MP DAP. Dia betul-betul ahli politik bermaruah. Cant you learn something from him?

Dasar ular.