Khamis, September 25, 2008

Nabi Palsu Membisu

16 September telah berlalu, 23 September juga telah berlalu. Apakah salah akan diletakkan pada 30 September juga 7 Oktober atau 14 Oktober dan mungkin juga 21 Oktober selain 28 Oktober ?

Maksud ini menunjukkan berlalunya minggu-minggu propaganda Anwar Ibrahim tanpa memberi kesedaran apa-apa terhadap penyokong totok PR. Tetapi, sokongan puak yang tidak diketahui mana arahnya terhadap rancangan peralihan kuasa Pak Lah - Najib turut menjadi pengimbang terhadap polemik ini.

Namun isu tersebut bolehlah dikupas dalam perspektif lain kerana apa yang ingin dijelaskan kini ialah bagaimana hanyutnya 16 September dan tarikh 23 September yang disaguhatikan sebagai penyelamat sebuah rancangan yang gagal.

Mengapa ia gagal? Ini kerana cakap kosong seorang penyebar propaganda yang memperbodohkan rakyat telah lama diketahui kosong belaka. 16 September dijulang penyokong totok PR seperti Anwar ibrahim itu nabi. Nabi palsu ini berjaya memperbodohkan umat Islam yang jumud mahupun yang warak. Hebatnya dia.

Nasihat paling baik untuk rakyat Malaysia, letaklah otak anda di kedudukan yang telah diciptakan tuhan. Yakni tertinggi dari semua organ badan. JANGAN LETAKKAN OTAK ANDA DI LUTUT. Buatlah kajian, buatlah bacaan dan buatlah penaakulan pada logika yang berdasarkan kepada ketentuan Ilahi. Bukan ketentuan nabi palsu ini.