Selasa, Oktober 07, 2008

PKR Bawa PAS 'Memeluk' Hindu

http://anginperubahan.blogspot.com

Untuk Apa Patung Anwar Ibrahim Sebegini Besar?

Satu patung gergasi Anwar Ibrahim telah didirikan di Batu Caves. Ia telah dirasmikan oleh Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves), Manikavasagam (MP Kapar), Sivarasah Rasiah (MP Subang) dan William Leong (MP Selayang). Patung besar ini setinggi hampir 40 kaki. Menelan kos perbelanjaan hampir RM 5,000. Khabarnya patung besar ini didirikan hampir sama tinggi dengan bangunan kerana mahukan semangat Anwar Ibrahim untuk membina Malaysia baru akan terus berkekalan. Ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di Dun Batu Caves. Mengapa buat patung sebegini besar? Untuk didewa-dewakan atau untuk apa?



Hindraf Demokrasi Kata Haji Hadi Awang

Pada 4 Oktober 2008, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) mengeluarkan kenyataan seolah-olah tindakan Hindraf datang memotong barisan tetamu rumah terbuka Aidilfitri dan menyerahkan patung beruang sebagai satu tindakan yang demokrasi. Bolehkah ianya dianggap demokrasi ? Baca kenyataan penuh Haji Hadi dalam Harakahdaily ini.

"Kalau betul mereka tak mahu bagi Hindraf masuk, mereka boleh halang. Tetapi apa yang berlaku tidak ada polis yang halang. Tak ada masalah mereka jumpa Perdana Menteri macam tu... saya pun ada orang datang ke rumah. Kita kena lihat ia sebagai perubahan demokrasi di Malaysia, lagipun mereka tidak buat kecoh atau bertumbuk," kata Haji Hadi selepas berucap pada majlis perasmian Ijtima' Aidilfitri PAS di Kuala Terengganu.


Dalam PAS, ada Kelab Penyokong Kaum India yang diketuai oleh Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai). Apakah kenyataan Haji Hadi ini kerana hendak menjadi hati Gobalakrishan atau Hindraf? Sesiapa pun yang buat kekecohan dan tindakan melampau tidak perlu dibela dan diberi muka. Akibatnya nanti akan hilang perasaan hormat menghormati dalam masyarakat kita. Hindraf bukan mewakili kaum India. Hindraf adalah suara minoriti puak yang melampau kerana menuntut yang bukan bukan. Bagaimana tuntutan RM1 juta untuk setiap orang India dulu? Bukankah ianya sekadar janji untuk mendapat sokongan semata mata? Oleh itu, mengapa harus membela mereka dengan alasan demokrasi.

Ulasan

Secara sinisnya, penghinduan PKR memang telah lama dibangkitkan oleh para blogger bermula dengan masuknya patung berhala Hindu ke Dewan Undangan Negeri Perak sebaik sahaja A. Sivanesan dilantik menjadi Speaker DUN Perak.

Hari ini, Anwar Ibrahim yang menjadi BAPA PROPAGANDA Malaysia dijadikan 'berhala' terbaru oleh kaum Hindu dan turut menjadi sembahan Melayu Islam ala PKR dan PAS.

Bukan itu sahaja, sikap kurang ajar HINDRAF yang memekik dan menunjuk besar kepala mereka dihadapan orang Islam di Rumah Terbuka Kabinet Islam pada hari raya pertama, DISOKONG HADI AWANG! Inilah politik PAS yang semakin hari semakin busuk dan menghinakan. Mereka telah membudayakan lidah berbelit dan semakin hipokrit setelah mereka 'memeluk Hindu'. Patutlah mereka enggan berkompromi terhadap penyatuan Melayu Islam beberapa bulan lalu. Daripada bersatu sesama Islam, lebih baik bersatu dengan Hindu. Itulah hakikat PAS hari ini.

Selama ini, tiada sentimen membenci agama lain berlaku di Malaysia. Tetapi kebelakangan ini, ada puak PELAMPAU HINDU yang mahukan majoriti rakyat membenci agama mereka. INILAH KEBODOHAN HINDRAF yang sepatutnya diperangi oleh masyarakat India beragama Hindu di Malaysia.

Kepada penyokong PAS dan PKR, sila dapatkan setanggi dan pelita api untuk menghadapi kekusutan ideologi anda semua sedikit masa lagi.

Ku sangka Islam mampu memimpin Malaysia, rupa-rupanya rakyat Melayu Islam yang bodoh memilih Hindu, agama anutan 8% dari penduduk Malaysia, untuk memimpin mereka. Inilah umat Islam akhir zaman. Majulah PAS dan PKR untuk agama Hindu.