Khamis, Oktober 09, 2008

USA: Habis Madu Sepah Dibuang?

Sesetengah pengkaji meramalkan perkara ini TIGA TAHUN lalu. Tentang 'keluarnya' kemakmuran dari Amerika Syarikat (USA) menyeberangi semula lautan Atlantik. Saya sendiri ada menghantar komen mengenai idea ini ke blog Tun Mahathir pada tajuk posting 'UNITED STATES' beliau tetapi tidak melepasi tapisannnya. Namun ruang yang ada ini, wajarlah saya gunakan untuk menyampaikan hasil cerapan tiga tahun lalu.

Kita mengetahui bahawa ambang penghujung zaman telah tiba. Tetapi kita lupa apakah tunjang kepada ambang penghujung itu. Ibarat jika kita di Kuala Lumpur, hendak terbang menuju ke Pulau Pinang, tunjangnya cuma mengikuti arah mata angin Barat Laut. Dengan pergerakan arah Barat Laut itu, kita akan tetap sampai ke Pulau Pinang walaupun kita mengalihkan pandangan kita ke Selatan atau Timur sekalipun.

Siapakah yang mula meruntuhkan Empayar Islam? Apabila runtuhnya Empayar Islam, siapakah yang memplagiat ilmu-ilmu Islam? Siapakah Geghis Khan yang sebenarnya? Apakah agama syaitan-syaitan Monggol itu? Siapakah yang mempromosikan pemikiran tanpa dibatasi agama? Siapakah yang melabuhkan tirai kegemilangan tamadun Islam dan siapakah yang lekas-lekas melarikan ilmu-ilmu, transkrip-transkrip buku-buku serta hasil mahsul kajian pemikir Islam?

Tamatlah kegemilangan Islam. Tiba-tiba, Andalusia menyaksikan bermula segala-galanya. Siapakah pembantu Kristian memusnahkan Islam di Sepanyol? Siapakah Columbus yang dipakai namanya oleh Freemason dalam memperjuangkan fahaman mereka? Mengapakah Columbus terlepas dari kedajalan makhluk yang menjadikan Segitiga Bermuda sebagai zon misteri lalu Columbus berjaya menjumpai tanah baru di seberang Atlantik.

Bermula dengan Sepanyol, puak-puak menakutkan ini dengan agenda tersendiri turut menggunakan Portugal dan Itali setelah rantaian yang disebut simbol ular berjaya memasang strategi di negara-negara Eropah Selatan. Mereka akan menyusup masuk ke mana-mana kerajaan yang bagi mereka sebagai kerajaan terkuat pada zaman itu dan berjaya pula mempengaruhi percaturan politik dan kepentingan kerajaan tersebut selaras dengan kehendak mereka. Habis pelusuk bumi dijarah.

Selepas Sepanyol, mereka ke utara menggunakan Belanda. Dengan Sepanyol mereka memusnahkan Islam di Nusantara Timur ( Filipina ). Dengan Belanda mereka cuba memusnahkan Islam di Nusantara Selatan ( Indonesia ).

Sejajar dengan kemajuan yang mereka tawarkan hasil dari pemikiran para ilmuan mereka yang gigih, akhirmya mereka berjaya memasuki Britain setelah mereka memporak perandakan Perancis. Dengan Britain pula, mereka cuba memusnahkan Islam di Nusantara Utara ( Malaysia ) dan pada zaman inilah, mereka bertindak untuk melepaskan Britain kerana mereka kini telah yakin, negara baru yang mereka idamkan sejak Columbus ke sana 300 tahun sebelumnya, telah cukup kuat untuk menakluki dunia.

Jasa Britain sangat besar bagi mereka walaupun Belanda turut mengkayakan mereka. Sebab itulah bersekongkol keduanya pada Perang Napoleon lalu sesuka mereka membahagikan Nusantara kepada dua sebagai tanda setiakawan mereka. Atau agenda sebenar mereka, untuk pembelahan Nusantara ini, kita wujudkan negara Singapura yang merupakan mata dan telinga kita. Selain itu, dengan pergantungan mereka terhadap Britainlah, mereka berjaya membina UNITED STATES OF AMERICA.

Tahun 1948 merupakan detik paling hina bagi seluruh umat manusia apabila puak-puak ini akhirnya, setelah beribu-ribu tahun mencari kekuasaan mutlak yang membolehkan mereka dijamin dengan kuasa menakluk dunia yang mutlak, merampas tanah Palestin dan memagarinya dengan nama negara mereka yang berdaulat.

Itu merupakan satu petanda besar akhir zaman telah tiba dan kemuncaknya sudah tentulah apabila penguasaan dunia bukan lagi terletak pada USA dan Britain. Tetapi pada NEGARA BERSIMBOL BINTANG NABI DAUD.

Ya. Memang kelihatan mustahil kerana negara tersebutsendiri di bina oleh Britain dan USA. Tetapi ketahuilah, apabila disebut bahawa permulaan awal penguasaan mereka di bumi dirancang bermula pada tahun 2000, maka mereka menubuhkan Kesatuan Eropah dan mewujudkan sebuah matawang yang sangat kukuh yakni Euro dan meletakkan pusat pentadbiran EU di Brussels pada tarikh bermulanya dunia di alaf baru. Untuk pengetahuan kita, Brussels merupakan sebuah kota yang dihidupkan oleh perdagangan Emas dan Berlian pedagang Yahudi paling utama.

Ada sebab mengapa USA sengaja tidak mahu menyelamatkan ekonominya sendiri pada krisis kali ini. Perpindahan kuasa dari USA ke EU mungkin sedang mula berlaku. Dan EU sudah pasti merupakan kuasa besar terakhir sebelum kuasa EU terpindah ke KINGDOM OF ISRAEL pada akhirnya. Pada detik itu, seperti yang diceritakan seperti di riwayatkan, maka bermulalah pemerintahan Dajjal Al Masikh.

Di negara ini, siapakah yang jelas, nyata dan terlalu terang tanpa perlu bersuluh, menjadi agen mereka, menjadi ahli-ahli pertubuhan mereka dan menjadi budak suruhan, budak belaan dan budak lindungan mereka? Dan lihatlah penyokong provokator tersebut yang menganuti fahaman MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Mereka ini, dan golongan inilah merupakan tunjang kepada ambang pengakhiran zaman.

Semoga sesetengah di antara kita, kekal terpelihara.