Rabu, Oktober 29, 2008

DEB: Najib Uji Populariti

Apabila Najib Tun Razak menyebut tentang pemansuhan DEB, ramai teropong-teropong cabuk pengadu domba menyalak UMNO kerana kononnya puak UMNO terdiam, terkedu, membisu dan berbagai lagi kenyataan yang membawa maksud : Sekarang, padan muka orang UMNO yang menjerit berdemonstrasi berhubung gangguan ke atas DEB oleh DAP Pulau Pinang sedikit masa dahulu.

Samakah PAS ala Husam Musa dengan PAS ala Nik Aziz? Samakah pendirian Mursyidul Am Nik Aziz dengan Mufti Harussani? Samakah tatalaku golongan UMNO di sini dan golongan UMNO di sana?

Bagi penulis, Najib Tun Razak memang memerlukan idea untuk mempopularkan dirinya bagi mendapat mandat sokongan. Perlaksanaannya belum tentu. Tiada bezanya dengan Anwar Ibrahim yang bermain dengan idea peralihan kerajaan yang mana kesahihannya langsung tiada. Juga semata-mata mencari populariti. Apa hasilnya? Sana sini tertipu.

Sebenarnya, penulis tidak lah pernah memikirkan soal DEB ini secara penuh fanatik. Penulis tidak pernah pula menyokong tindakan demonstrasi puak UMNO Pulau Pinang tempoh hari. Cuma bila melihat tindak-tanduk mereka maka terfikirlah bahawa:


1. Tiada siapa yang suka jika pihak lain campurtangan dalam sesuatu masalah yang dilihat soal dalaman.

2. Tiada siapa menyukai gangguan berterusan dari puak yang memang suka mengganggu.


Demikian pula dengan tindakan Najib Tun Razak yang kononnya menyebabkan orang UMNO mengamalkan sikap double standard dalam pandangan mereka mengenai DEB.


1. Puak UMNO mungkin bersetuju DEB tidak digemari oleh bukan Melayu, justeru mahukan sebarang pindaan / pemansuhan dibuat oleh orang UMNO sendiri bukannya DAP atau MCA atau Gerakan.

2. NAJIB TUN RAZAK MUNGKIN HANYA MENCETUSKAN GIMIK BAGI MENAIKKAN POPULARITINYA SENDIRI dari kalangan pengundi bukan Melayu yang majoriti mereka menolak BN pada PRU 12.


Namun, ada juga pandangan mengatakan bahawa ada persamaan dalam perbezaan antara Najib dan Anwar. Perbezaan yang terjadi mungkin diilhamkan dengan cara yang menarik lantaran dari kesepakatan hasil dari persamaan tersebut.

Anwar Ibrahim pantas mematikan idea 'rampasan kuasanya' setelah Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pengundurannya. Apakah Anwar Ibrahim merestui Najib sebagai pengganti Pak Lah?

Kisah Altantuya adalah 'hal-ehwal' Raja Petra semata-mata. Lalu dijadikan mantera sembahyang para fanatik Anwar Ibrahim dalam 'ritual menyembah dewa' hingga sebuah ketidakpastian diangkat, diusung dan dijunjung. Penipuan berleluasa. Apa ulasan Anwar Ibrahim? Altantuya bukan mainannya. Ia merupakan by-issue yang baginya boleh memberi advantage dalam memusnahkan populariti pemerintah. Itu sahaja. RPK cuma kemeyan dan setanggi dalam perbomohannya. Sebagai balasan, muncul pula Saiful Bukhari Azlan.

Tetapi, bagaimana pula hari ini, Anwar seolah-olah bergerak di 'top-gear'. Jalan seolah-olah lurus dan pemanduan seakan-akan selesa. Najib Tun Razak juga di lebuhraya yang sama. Cuma persoalannya SIAPA YANG MENCUCUK ANGIN SIAPA?

Politik, mengikut aliran manapun, tetap menuju ke arah yang sama. Pemimpin tidak kira yang membangkang mahupun yang memerintah tetap memperoleh faedah mengikut bahagian masing-masing. YANG RUGI IALAH RAKYAT yang diperbodohkan supaya berpecah belah.

Persatuan Tali Leher Biru?