Isnin, November 03, 2008

Hilangnya India Dalam Pucuk Pimpinan Gerakan

Utusan Online, 03/11/2008 3:45pm

Polis klasifikasi kes Vijayaratnam mati mengejut

SEREMBAN 3 Nov. – Polis mengklasifikasikan kematian Naib Presiden Gerakan, Datuk S. Vijayaratnam sebagai kes mati mengejut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh memberitahu perkara itu kepada pemberita di Seremban petang ini.

Menurutnya, polis juga mendapati tidak ada orang kedua atau ketiga yang terlibat dengan kejadian tersebut dan tiada juga unsur sabotaj atau kaitan dengan politik.

“Siasatan menyeluruh mengenai kematian mendiang sedang dijalankan termasuk memanggil beberapa saksi yang melihat kejadian itu.

“Hasil siasatan awal polis, kita mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. Mendiang dipercayai terjatuh dari bangunan itu,” katanya.

Mayat Vijayaratnam ditemui di hadapan kliniknya di bangunan Vijaya Mahal, Jalan Tunku Hassan di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari ini. - Utusan

Ulasan

Sungguh tidak di duga. Sungguh tidak di sangka. Satu-satunya wakil kaum India yang berjaya memanjat piramid Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang dimonopoli 90% kaum Cina dan mengekalkan jawatan Naib Presiden parti tersebut beberapa bulan lalu ditemui mati terjatuh bangunan? Menurut akhbar The Star, beliau terjatuh dari bumbung bangunan beliau sendiri.

Kehairananlah khalayak umum seandainya keputusan 'bunuh diri' dijadikan penyebab untuk kematian seorang bergelar 'Datuk' dan menjadi kebanggaan kaum India. Tak mungkin pula seorang Exco kerajaan Negeri Sembilan terpaksa membetulkan atap bangunan sendiri yang megah berdiri di bandar Seremban itu?

Maka hilanglah permata Tamil di dalam Parti Gerakan. Satu-satunya sumber inspirasi kepada kaum India di dalam Gerakan yang bercita-cita memanjat piramida parti. Sesungguhnya kematian beliau kini menjadi misteri yang menimbulkan sejuta tanda tanya. Namun, jika laporan dari The Star ini di ambil kira, jelas, bahawa memang itulah takdir ajalnya.

...A neighbour who declined to be named said the deceased had a penchant for doing repairs himself.

“This building was very special to him. If he could do the repairs himself, he would prefer to do it himself,” he said.

The deceased’s friend who did not wish to be named said Dr Vijayaratnam was supposed to meet a contractor at his house along Jalan Dato Klana Ma’amor at 10am but delayed it to noon.

“He had plans to renovate his house. The contractor rushed the deceased’s wife to the clinic when told of the incident,” he said...