Selasa, November 25, 2008

Ramasamy Profesor Sampah!

Saya pernah menulis di ruangan Forum Utusan Malaysia melalui artikel "Kit Siang tidak faham isu kakitangan awam" pada 28 Mac 2006 berhubung isu pengisian penjawat awam oleh kaum bumiputra yang didawa Kit Siang sebagai perbuatan kerajaan meminggirkan peluang bangsa-bangsa lain untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Malangnya, hari ini, seorang profesor Tamil yang mencari populariti, atas platform DAP, atas kapasiti Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, membangkitkan isu tersebut dengan perspektif mensensasikan isu dengan cara berbahaya. Siapakah yang lebih bersifat perkauman?

Ramasamy sepatutnya melihat pecahan kaum dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yakni golongan yang berkuasa di atas dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan berhubung sistem penyampaian awam.

Ramasamy sepatutnya melihat keadaan dimana contohnya, pada tahun 2006, pengisian Pegawai Perubatan di negeri Perak terdiri dari 30% doktor Melayu, 40% doktor Cina dan 30% doktor India untuk sebuah negeri yang mempunyai 55% penduduk Melayu dan 11% penduduk India. Itu belum di kira bilangan bukan melayu yang menjadi PTD. Sebarkan kepada negara nisbah semua golongan bergaji besar dan menikmati banyak kemudahan elaun ini, kalau kau berani sangat!! Kenapa jawatan Kumpulan Sokongan yang bergaji ciput ini ditanya-tanya diganggu gugat? Bangsa bukan Melayu pun tak hinginkan pendapatan tak seberapa ini kerana tanpa menjawat jawatan sokongan ini, pendapatan mereka telah melebihi kaum Melayu.

Ramasamy yang mengemukakan idea membuta tuli seperti orang sakit mental ini seharusnya tahu bahawa kelayakan akademik bagi kakitangan kumpulan sokongan khususnya kerani (golongan penjawat awam yang mudah terlihat dimana mana,dan paling banyak berurusan dengan orang ramai), kepujian dalam bahasa Malaysia menjadi asas untuk dapat melicinkan jentera pentadbiran sesebuah jabatan kerajaan kerana bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi perkhidmatan awam Malaysia.

Ramasamy sepatutnya bertanya kembali kepada golongan yang beliau simpati sangat tu, apakah mereka benar-benar bercita-cita untuk menguasai Bahasa Malaysia dengan sempurna, dan kemudiannya menzahirkan penguasaan bahasa kebangsaan itu dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam?

Ramasamy sepatutnya tidak terlalu bodoh untuk memahami bahawa sekiranya kaum bukan Melayu mempunyai penguasaan Bahasa Malaysia yang bagus, penguasaan mata pelajaran mereka yang lain pastinya lebih bagus lagi dan dengan demikian, adakah muda-mudi bukan Melayu yang cemerlang ini mahu menjawat jawatan dalam sektor awam yang "bukanlah sesenang mana" gajinya?

Ramasamy yang bertaraf profesor tetapi kurang cerdik ini sepatutnya menggalakkan penguasaan Bahasa Malaysia dikalangan kaum bukan Melayu sebelum menuntut agar mereka diberi tempat dalam perkhidmatan awam yang tidak mungkin sama sekali akan mengubah Pekeliling Perkhidmatan, Arahan-arahan serta Tatacara-tatacara dan Perintah-Perintah Am ke dalam Bahasa Cina dan Tamil. "LANGKAH MAYAT KAMI DULU "

Akhir sekali, Ramasamy yang taraf pendidikannya kurang selari dengan caranya berfikir ini seharusnya sedar bahawa beliau dan parti beliaulah yang PALING BERSIFAT PERKAUMAN dan selayaknya DIHARAMKAN di negara ini atas tuntutan yang tidak realistik, tidak mengkaji fakta, berunsur fitnah dan menggalakkan rasa tidak puas hati kaum bukan Melayu yang rata-rata tidak berakal dalam memikir tentang punca bilangan mereka di dalam perkhidmatan awam adalah kurang dari demografi penduduk negara ini.

Puncanya ialah sikap besar kepala dan degil mereka dalam kesungguhan menguasai Bahasa Malaysia. APA PERANAN D.A.P. DALAM PERKARA INI? Tiada.
Hanya menuntut membuta tuli dan disorak oleh Melayu Islam PAS dan PKR.