Jumaat, November 28, 2008

Siam Itu Islam ?

Berikut adalah persoalan yang agak misteri yang perlu dirungkai oleh bangsa kita:

1. Mengapakah terdapat banyak penduduk Islam berhampiran Ayuthia, pusat pemerintahan beraja Thailand?

2. Mengapakah Perdana Menteri Thailand, Pibul Songram menukar nama negara Siam kepada Negara Thai pada tahun 1934?

3. Mengapakah ramai Melayu Kedah bertutur bahasa Siam sebagai dialek daerah dan diperturunkan ke anak cucu?

4. Mengapakah Monggol tidak menyerang Semenanjung sedangkan mereka menggodam seluruh pelusuk Asia termasuk Jawa?

5. Mengapakah Anna dihantar untuk mengajar Mongkut si Raja Thai Buddha?

6. Mengapakah China mempunyai hubungan baik dengan Siam dan Melaka walaupun kononnya Melaka dilanggar Siam dan solah-olah Melaka dan Siam adalah bermusuhan?

7. Siapakah Long Jaafar yang sebenar dan apakah kaitan beliau dalam Kesultanan kedah dan Perak?

Segala persoalan tersebut mungkin boleh terjawab dengan anda sendiri meluangkan masa untuk meneliti isi kandungan blog Benua Islam Siam Kedah yang mendedahkan banyak jawapan kepada persoalan ini.