Sabtu, November 29, 2008

Apabila MCA Memalu Gendang

Kenyataan Chua Soi Lek yang kemudiannya digemakan oleh Chew Mei Fun merupakan 'rahmat' tersembunyi bagi umat Melayu Islam di negara ini. Pada titik ini, ramai yang berpendapat bahawa apa yang diutarakan oleh Zulkifli Noordin merupakan satu amaran awal tentang situasi masa depan politik Melayu yang beliau ingin lihat.

Chua Soi Lek yang baru 'dimaafkan' oleh penyokong MCA setelah salah laku seks yang membuatkan seluruh negara berceritakan tentang 'anunya', hari ini tidak menghalakan senapangnya ke atas 'pembunuh upahan' yang cuba membunuh karier politiknya dahulu, tetapi berasa teruja untuk memainkan isu ketuanan Melayu yang pada kaca matanya dan sebahagian besar penyokong MCA yang lain, merupakan isu lapuk yang telah ditelan zaman.

Memang isu lapuk tetapi zaman tidak sanggup untuk menelannya kerana ketuanan Melayu hakikatnya hanya akan hilang setelah setiap seorang dari 27 juta penduduk negara ini menjadikan Melayu sebagai bahasa utama antara keluarga, antara masyarakat dan antara ras dan etnik yang berbagai dan tamatnya pendidikan dan media vernakular di negara ini, dan mewujudkan satu aliran kebangsaan yang tidak dipandang dari penulisan rakyat melalui bahasa Cina atau Tamil kecuali BAHASA MALAYSIA.

Tetapi, lihatlah bahasa apa yang penuh di dalam blog Chua Soi Lek.

Seperti orang Kedah yang meninggalkan bahasa Siam, seperti orang Jawa yang fasih berbahasa Melayu, seperti etnik Banjar yang tidak mempunyai sekolah aliran Banjar, seperti Bugis yang tidak pernah melihat berita dalam Bahasa Bugis di TV, begitulah hakikat yang membuatkan tiada mana-mana bangsa yang menjadi tunggak di antara etnik-etnik ini. Keseluruhannya telah terasimilasi menjadi satu bangsa. Bangsa Melayu Islam.

Ketuanan Melayu masih relevan jika dilihat pada apa yang dihasilkan sejak 'para penghijrah' ini memutuskan untuk bermestautin di rumpun Melayu. Selagi ada perbezaan bahasa dan budaya nasional, selagi itulah 'penduduk asal' akan mengatakan bahawa merekalah tunggak / ketua negara tersebut.

Paling bagus mengenai dasar orang Melayu, yang mungkin boleh diterjemahkan sebagai paling malang, ialah apabila mereka mengambil sikap tidak memaksa 'para penghijrah' ini untuk menerimapakai budaya nasional yang berpaksikan kepada ciri-ciri bangsa asal.

Walaupun telah diketahui umum bahawa puak Thai telah merampas kebudayaan Siam, tetapi mereka telah melakukan paksaan lebih awal yakni pada tahun 1930an selepas dasar migrasi diperketatkan di Malaya untuk menjadikan semua kaum bukan penduduk asal untuk membuang ciri-ciri mereka dan mengadaptasi cara hidup Siam di bawah Perdana Menteri Pibul Songgram yang mendapat restu rajanya.

Akibatnya, rusuhan anti-Cina berleluasa dan premis-premis Cina dibakar malah tidak sedikit orang Cina di Siam pada ketika itu dibunuh akibat sentimen yang terhasil. Pada tahun 1939, Pibul Songgram membuang nama Siam pada negara tersebut dan menggantikannya dengan THAILAND walaupun umum mengetahui bahawa kaum Thai hanyalah salah satu etnik dari berpuluh-puluh etnik di bawah Empayar Siam.

Hari ini, semua rakyat Thailand menjadi satu bangsa walaupun berlatarbelakangkang etnik berbeza. Chuan Leekpai, Thaksin Sinawatra dan Somchai Wongsawat yang berbangsa Cina mampu memanjat tangga politik menjadi Perdana Menteri Thailand. Mereka hanya berketurunan Cina tetapi berbangsa Thai; yang merupakan hasil dari 'pengsiaman' bangsa Cina 70 tahun lalu dan diberi label Thai.

Sekiranya Cina di Malaysia ditempatankan dahulu, sudah tentu isu ini tidak akan timbul malah istilah 'hak-hak istimewa' Melayu mungkin tidak wujud.

Hari ini, dalam dunia serba moden, orang Melayu tidak berhak untuk memaksa 'kaum penghijrah' ini untuk berasimilasi TETAPI kaum-kaum inilah yang perlu mengambil inisiatif untuk mengikut langkah mereka yang seketurunan di Indonesia, Filipina dan Thailand.

Selagi adunan BANGSA MALAYSIA seperti Thailand, Indonesia dan Filipina tidak berlaku di negara ini, selagi itulah penyanggahan atas Ketuanan Melayu akan dikira sebagai TIDAK RELEVAN dan akan diterjemahkan sebagai BERNIAT JAHAT.

Seharusnya gendang yang dipalu oleh pemimpin MCA ini perlu disahut oleh orang Bumiputra keseluruhannya dengan mengutarakan persoalan : MENGAPA ALIRAN KEBANGSAAN DITERIMA OLEH SEMUA SUKU KAUM DI MALAYSIA KECUALI CINA DAN INDIA APABILA WUJUD UNSUR VERNAKULAR DALAM KEHIDUPAN KESELURUHAN RAKYAT MALAYSIA. Bukankan Cina dan India itu hanya 2 DARI 27 etnik yang menjadi rakyat Malaysia? Mengapa mereka terlalu dimanja?

Resolusi BPN 4/08 : Isu Ketuanan Melayu Islam

Resolusi BPN 4/08 : Isu Ketuanan Melayu Islam

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.

Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :

1. Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan Melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu. Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.

2. Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.

3. Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.

4. Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.

5. Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.

6. Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.

7. Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamat di Malaysia.


Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.

Che Moq
Setiausaha I BPN