Ada forum memperkatakan tentang kononnya Kaabah asalnya merupakan kuil hindu untuk tuhan siva dengan mengaitkannya dengan sivalinggam ( Serius, sivalinggam bermaksud 'konek siva' yang menjadi ikon suci penganut hindu ). Pendapat mereka disogok dengan fakta bahawa keadaan pandangan Masjidil Haram dari satelit ( padahal tiada kena mengena dengan dakwaan lagi satu bahawa sebelum Islam, Kaabah dikelilingi berhala hindu ). Selain itu, mereka menuduh Hajar Aswad sebagai sivalinggam, latta dan uzza berhala-berhala pra-Islamisasi sebagai salah satu dari tuhan-tuhan mereka, kaitan gunung Kailash yakni gunung suci hindu dan Masjidil Haram, dan Islam sebagai agama teroris yang ganas kerana mempunyai pedang Nabi sebagai ikon. Mungkin paparan ini ada kaitannya.
Ramai juga penghujah pembela Islam mampu memberikan jawapan yang tepat dan jitu bagi membuatkan dakyah palsu ini ditertawakan namun, semua orang tahu dan telah tertulis di dalam Kitab Allah bahawa, mereka jenis yang ini, di azab atas bumi dengan siksaan pedih sekalipun tidak akan berubah kepada keimanan melainkan dengan kehendak Allah SWT.
1. Dakwaan hindu empunya Kaabah sebelum Islam. Hindu merupakan agama tuhan berbagai yang kuno bermula di Lembangan Indus di India. Jika benar sekalipun hindu itu tiba dan menguasai Arab Jahiliyah beribu-ribu tahun dulu, sesungguhnya hindu itu dikembangkan Allah untuk tiba di situ dan Allah jua yang berhak mengembalikan bumi pilihannya yang dibuka oleh hamba yang bertakwa kepadanya yakni Nabi Ibrahim a.s. kira-kira 2500 tahun sebelum datangnya nabi akhir zaman, junjungan besar Rasulullah S.A.W. Ketahuilah bahawa milik Allah hakikatnya kesemua anutan di dunia ini dan keredhaannya hanya melalui satu agama yang diwasiatkan melalui nabi akhir zaman.
2. Dakwaan Hajar Aswad sebagai ikon suci hindu. Seperti kenyataan di atas, sekiranya Allah mengkehendakkan wujudnya sebuah percanggahan dari golongan yang dilaknatnya berlaku di hari muka (golongan dilaknat tidak semestinya hindu-hindu ini, boleh jadi juga dari orang yang kononnya Islam), dia tidak memandang kepada si laknat tersebut, tetapi apa yang dipandang ialah bagaimana golongan yang menerima ujiannya menangani perihal tersebut.
3. Dakwaan latta uzza sebagai tuhan-tuhan hindu. -Jawapan seperti di atas-.
4. Dakwaan gunung Kailash dan Masjidil Haram mempunyai kaitan. - Jawapan seperti di atas. -
5. Dakwaan Islam ganas berdasarkan pedang. Ini dakwaan kelakar yang makan diri. Apahal pula dengan si dewa murugan yang memegang lembing? Bukankah lembing lebih ganas kerana ianya dibaling. Sedangkan pedang berkuasa hanya di tangan? Bagaimana tuhan-tuhan hindu memegang kapak? Mungkin kumpulan penyamun boleh menjadi tuhan juga kerana mereka berparang. Apa pula tuhan-tuhan hindu yang memegang tongkat mata tiga? Idola-idola ini disembah-sembah pula? Aduh. Tak sekolah nampaknya sang pendakwa. Jika itu sekadar simbol, apahal pulak nak dikecohkan simbolik keris?
Hakikatnya, Islam mengajar umatnya supaya tidak mencemuh agama lain bagi mengelakkan Islam dicemuh kembali. Selain itu, cemuhan yang dibuat hendaklah ditepis dengan matang, berakal, berfakta dan berhujah bernas beserta doa untuk mengubah hati sang pencemuh, sebagai melepaskan tanggungjawab kita terhadap tuntutan mempertahankan agama kerana telah jelas bahawa, hanya Allah yang membuka atau terus menutup hati.
Berbeza pula dengan hakikat sesetengah makhluk yang Allah pilih untuk mengalihkan hatinya. Dia mungkin akan terus menghentam sang pencemuh tetapi pada masa yang sama, hatinya berbelah bahagi tentang kepalsuan yang dibawa dengan berlakunya kecelaruan pertimbangan sehingga pada akhirnya membawa kepada kecenderungan untuk mengakui kebenaran pada kepalsuan yang dibawa oleh sang penipu berhati busuk.
Dalam kes Surind yang meniup angin ribut dalam cangkir BPN beberapa hari lalu, saya beranggapan bahawa dia adalah satu dari beribu-ribu fundamentalis hindu yang berpegang kepada teori Islam asalnya hindu yang sedang menjadi topik terkini di alam hindu dan terus-terusan menggunakan corak pemikiran ciptaan Allah ini untuk menyerang Islam atas kapasitinya, yang mana pada mata Allah Yang Maha Mulia, hanyalah teori yang ditiupkan kedalam otak para musyrikin ini untuk dijadikan modal sebagai ujian kepada umat Islam.
Forum-forum 'penghinduan Islam' terus tumbuh di internet. Fundamentalis-fundamentalis hindu terus keluar dari kepompong, berkat keredhaan Pakatan Rakyat yang suka membawa angin keterbukaan tanpa mempedulikan apa yang tersingkap hatta kemaluan mereka sendiri.
Yang dinilai Allah adalah kita. Bukannya mereka. Mereka ada bahagian mereka. Membalas kritikan dan hinaan mereka ke atas Islam hanyalah berlandaskan 2 kategori. Memalukan Islam atau Menyemarakkan Islam.
Nah, terdetikkah di dalam hati Melayu yang memegang lilin di Kamunting dulu bahawa I.S.A. itu diperlukan?