Sabtu, Disember 27, 2008

Solat Tidak Perlu Diutamakan?

Itu hari kata hudud tu satu tuntutan SEPERTI solat kalau dalam Islam ni. Nak bagitau betapa pentingnya diutamakan Hudud Allah di atas muka bumi ini untuk dilaksanakan. Sehingga dibandingkan dengan kewajipan tuntutan solat.

Semalam, katanya Hudud itu bukan perkara yang diutamakan pulak. Macammana pulak ni. Kalau nak disamakan dengan solat, ia tak boleh diletak tepi terlebih dahulu. Tuntutan wajib harus dilaksanakan. Takkan solat boleh dijadikan opsyen bagi keutamaan pulak.

Kata-kata orang PAS memang boleh membawa maksud yang terkhilaf. Sama ada secara sengaja atau tidak, atau bersifat memungut ketul-ketul emas politik dijalanan, PAS tak seharusnya bersusah payah menari-nari ballet sambil memakai jubah.

PAS masih ego dan terus ego.