Sabtu, Januari 03, 2009

Kelak Kena Kumpul Dana Bina Masjid!

Bukan sahaja kita lupa yang kita selalu di datangi oleh saudara sebangsa seagama yang tidak senasib dengan kita dari Selatan Thai untuk memungut derma pembinaan Masjid dan Madrasah di Wilayah Patani, Jala dan Menara, kita selalunya lupa betapa selama ini, kita telah GAGAL untuk membina masjid dan surau dengan usaha kita sendiri melainkan sedikit extension dan renovation.

Bukan sahaja di kawasan yang diperintah kafir Thai yang membuatkan pembinaan masjid dan surau menjadi tanggungjawab penduduk setempat, di Acheh yang didiami oleh 95% orang Islam pun, kerajaan memerintah tidak membina masjid dan surau melainkan dengan usaha dari penduduk setempat itu sendiri.

Pun begitu, di Acheh, masjid-masjid megah dan indah berdiri dekat antara satu sama lain biarpun ia memerlukan perit jerih penduduk di situ memungut dana.

Di negara ini, inisiatif kerajaan membina masjid diketawakan oleh orang Islam sendiri. " Masjid besar ..kalau takde orang buat apa?". Adakah kerajaan yang membina masjid itu dikehendakki menghambat orang untuk masuk ke masjid itu?

Apakah dengan kerajaan campuran pejuang Islam dan penentang Islam, usaha 'menghambat' masuk orang Islam ke dalam masjid boleh terlaksana?

Mengapakah orang Islam negara ini tidak bersyukur dengan peruntukan pembinaan masjid oleh kerajaan pimpinan orang Islam selama ini lalu menjadikan masjid-masjid tersebut sebagai platform untuk menghentam kerajaan tersebut.

Dan mungkin akhirnya nanti umat Islam di Malaysia akan mengalami nasib yang sama dengan umat Islam di Thailand dan Indonesia yang terpaksa berhempas pulas mendapatkan dana bagi pembinaan sesebuah masjid.

Demi ketebalan sifat benci dalam diri terhadap orang Islam sendiri, mereka sanggup mengatakan, biarlah bukan Islam memerintah kami, asalkan bukan kamu. Walaupun Islam tidak lagi dititikberatkan oleh pemerintah. " Lebih baik kumpul duit buat masjid. Kalau kerajaan buat nanti kosong. Kalau buat sendiri nanti ada rasa sayang pada masjid tu." Salah siapa kalau penduduk tidak rasa sayang pada masjid yang dibina kerajaan? Salah kerajaan kah?

Akhirnya, yang rugi adalah mereka sendiri. Setiap perbuatan ada balasan. Setiap yang tak bersyukur akan ditarik nikmatnya perlahan-lahan.