Sabtu, Januari 17, 2009

Isu Kepala Babi Di UM Perlu Campurtangan Semua

Kita telah digemparkan dengan kejadian biadap, tidak bertamadun dan mencari geruh, yang berlaku di sebuah surau dalam sebuah fakulti di Universiti Malaya. Hanya semata-mata pilihanraya universiti, kebiadapan yang ditonjolkan melampaui batas kesabaran umat Islam keseluruhannya.

Pihak yang membuat angkara sedang menari-nari apabila melihat orang-orang Islam di keseluruhannya berbantah-bantah dan saling tuduh menuduh atas kejadian itu dan paling kurang, mereka pastinya berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan pada umat Islam bukan sahaja di situ, malah di seluruh negara.

Apa yang perlu diawasi ialah gerakan mahasiswa trend terkini yang melangkaui batas-batas yang sebelum ini tidak terfikir untuk dilanggar oleh politik kampus. Sewenangnya Islam dihina dan sifat kering yang ada dalam diri pendajal ini amat merbahaya dan wajar di cari, dan dihapuskan ke akar umbi.

Namun, perlu di ingat, tujuan kewujudan universiti itu sendiri telah dicatat dalam Protokol of Zion sebagai pengkalan untuk perlaksanaan cita-cita agung mereka. Itulah 'sekolah-sekolah pondok' bagi mereka yang mahu bertukar kiblat jika mahasiswa tidak berwaspada.

Perlu diingat juga, nama-nama besar politik liberal hari ini berkelulusan Universiti Malaya. Malah, mereka juga pernah memimpin para mahasiswa lain malah ada diantaranya yang pernah ditahan pihak berkuasa semasa menjadi mahasiswa lagi.

Apakah ini trend terbaru politik universiti? Jika benar, kita harus mengambil langkah segera membanteras golongan hari ini yang benar-benar pencabul kesucian agama, daripada tumbuh menjadi pemimpin di masa depan. Jangan gadaikan masa depan anak cucu anda.