Ahad, Januari 18, 2009

P036: Angin Barat Daya Tak Sampai

" PAS bawak banyak pengundi hantu. Kemudian PAS bayar banyak kat makcik-makcik terutamanya di kawasan kubu kuat mereka supaya mengundi PAS dan menyebarkan fitnah serata warung yang Wan Farid tu sombong, bongkak dan kaki maksiat. Banyak jugak duit yang dihabiskan PAS dalam memastikan kerusi parlimen Kuala Terengganu dapat mereka rampas. PAS juga meyakinkan penduduk kampung bahawa Pakatan Rakyat akan mereka gegarkan dan mengatakan kepada orang kampung bahawa DAP dan PKR cukup kacang untuk ditangani. "

Kata-kata di atas bukanlah satu kebenaran. Jangan mempercayainya. Ini bukan kerja golongan pro-realistik. Ianya merupakan fiksyen yang sengaja direka bagi melambangkan simbolik apa yang akan berlaku seandainya Wan Farid memperoleh lagi 3000 undi menokok dari 30,252 lebih undi yang dia peroleh. Atau dengan kata mudah, jika BN menang.

Ayat-ayat seperti di atas akan bergema merata-rata menuduh kerajaan memerintah persekutuan sebagai korup. Mungkin PAS kurang beraya kemenangan kerana sedar bahawa memperoleh 32,883 undi adalah bukan sasaran mereka.

Tetapi perlu diingat bahawa PAS berjaya melindung mata umum di Kuala Terengganu dari senario politik semasa di Pantai Barat.Sekiranya pilihanraya parlimen tersebut berlangsung di Ulu Langat atau Parit Buntar misalnya, yang merupakan kawasan PAS, nescaya PAS tumbang.

Rakyat Terengganu yang 95% Melayu khususnya tidak digambarkan dengan apa yang telah terjadi sekiranya PAS tunduk di bawah tekanan DAP di mana kesannya hanya dirasa di pantai barat. Malas nak ulas perkara ini lagi kerana hakikat ini kalau disebut, akan dicap perkauman.

Politik pantai barat tidak sama dengan pantai timur. Tetapi, disebalik semua ini, paling jelas ialah rakyat mengundi dengan melihat keupayaan calon itu sendiri, bukannya parti. Meletak kayu sebagai calon tidak lagi menjadi jaminan kemenangan mana-mana parti paling baik dalam dunia ini sekalipun.

Hanya golongan yang tebal sifat benci dan bersifat separatist yang mampu mengundi calon yang diwakili oleh kasut.

Takziah Buat Keluarga Abang Tun

Bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Abang Tun dan anaknya Hazzeiq (Kojek) juga anak saudaranya, yang telah dipanggil menghadap Ilahi dalam kejadian kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tapah, petang semalam. Pemergian Abang Tun sedikit sebanyak dapat dirasakan oleh UMNO Ipoh Timor khususnya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian berat ini.

Tiga maut kereta dirempuh lori

Oleh Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my

TAPAH: Tiga termasuk dua beranak maut, manakala seorang parah apabila kereta yang mereka naiki dirempuh lori di Kilometer 329.8 Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira dua kilometer dari susur keluar Plaza Tol Tapah di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu, Ahmad Supian Osman, 55; dan dua penumpang, Hezzeq Sany Ahmad Supian, 29, dan Nurul Nazira Ar Azmi, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Seorang lagi penumpang, Norhaifizund Dollah, 37, iaitu ibu Nurul Nazira dan saudara kepada pemandu kereta, patah tulang paha. Semua mangsa berasal dari Sri Ampang, Ipoh.

Ketua Polis Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta Proton Wira berwarna hitam yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh terbabas sehingga merempuh penghadang jalan sebelum berpusing beberapa kali dan melintang di tengah jalan.

“Pada masa sama, lori dari arah sama tidak sempat mengelak lantas melanggar kereta yang melintang di tengah jalan itu sehingga remuk,” katanya di sini, semalam.

Norhaifizund dirawat di hospital yang sama, manakala pemandu lori berkenaan hanya cedera ringan.

Anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta berkenaan sebelum dibawa ke hospital.

Mayat ketiga-tiga mangsa dituntut keluarga malam tadi sebelum dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan.