Isnin, Januari 19, 2009

Kepala Babi Di UM : Konspirasi Siapa?

Dipetik dari blog Maharaja Zhou, siswa UM yang banyak mengulas mengenai isu penemuan kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam, UM awal pagi 16 Januari 2009.

Maka,disebutkan oleh laman PAS Kampus Cawangan UM,kepala babi ditemui dalam Surau API ditulis dengan "PMI,Pro-M,PAS".Dikatakan kepala khinzir beserta bendera PAS itu diletakkan sebelum pukul 5.00 pagi.

Pengerusi Pro-M yakni Razali Zaidin buat-buat hairan apabila mengatakan mengapa Surau API dan cubaan mengaitkan PMI dan PAS menjadi tumpuan?

Sebenarnya,inilah taktik terdesak PAS Kampus Universiti Malaya. Hairan,bukankah masa sebelum subuh adalah masa bagi jentera Pro-M melakukan rondaan ataupun hirasah dan kubu mereka berjaga adalah Surau API?

Siapakah yang melakukan perkara ini?Seperti yang penulis dedahkan dahulu,terdapat kumpulan sabotaj yang ditubuhkan oleh PMI untuk menjalankan kerja-kerja kotor.Bagi kumpulan ini,apa sahaja halal.Tidak hairan kerana mereka ada Ustaz yang boleh menghalalkan apa sahaja kerana bagi mereka Pilihanraya Kampus adalah Peperangan.Peperangan adalah tipu helah walaupun terpaksa mengorbankan Rumah Allah.

Tahun lepas, Rumah Allah di Kolej Kediaman Kedua dicontengdengan perkataan 'AUM' yang merupakan seruan agama Hindu.Walaupun dinding diconteng,tetapi Al Quran masih terselamat.Jika difikirkan yang melakukannya adalah orang bukan Islam,maka tentulah kitab suci kita juga dijadikan sasaran.Yang hairannya pemegang kunci surau itu adalah orang PMI yang baru dibuang kolej sewaktu berlakuknya insiden itu.Sila baca rencana ini.

Tahun 2007,pejabat PMIUM diconteng dengan perkataan 'FUCK' dan 'PMIUM BABI'.Hairannya, harus diingat,bahawa takkanlah pejabat PMIUM yang aktif dan sentiasa berjaga itu mudah diconteng.

Melihat kepada corak serangan yang berlaku maka pembaca boleh membuat kesimpulan,siapakah yang berani membuat serangan kotor ini.

Penggerak Mahasiswa tidak mampu berbuat perkara ini kerana,API adalah kubu kuat PMI. Penggerak Mahasiswa jijik melihat bendera PAS samalah seperti melihat kepala babisendiri. Penggerak Mahasiswa tidak bergerak melakukan rondaan dan hirasah pada pukul 5.00 pagi.

Jadi siapakah yang melakukan serangan kotor ini?

Baca Pemikir Mahasiswa Online dan anda boleh mengagak siapa dalang tersebut!

Sila sebarkan kepada pengundi-pengundi kisah-kisah ini!


Mana riak wajah yang menggambarkan betapa sakitnya hati mereka apabila tempat ibadat Islam diperlakukan sedemikian rupa. Ada yang masih mampu tersenyum di sebalik penunjuk genggaman penumbuk yang mempunyai riak yang tidak menggambarkan ianya lahir dari rasa geram dan kemarahan jiwa.

Jika inilah kaedah politik universiti hari ini, pihak Barat seharusnya berbangga kerana sistem yang diciptakan mereka kini telah menumbangkan moraliti yang ditegakkan oleh pegangan agama. Fitnah berleluasa dan akhirnya tiada siapa pedulikan ketinggian agama mereka sendiri demi cita-cita duniawi yang mereka kejar.

Umum harus memahami bahawa politik universiti sedang menuju ke tahap baru yang mana ianya telah memusnahkan lapisan pagar-pagar akhlak dan moraliti lalu menerpa ke pusat daya fikir dan kefahaman agama itu sendiri sebelum satu hari nanti, kemusnahan akan berlaku terhadap pegangan agama sebelum politik universiti meninggalkan runtuhan tiang-tiang agama yang penghujungnya adalah halaman bagi tentera-tentera dajal yang menjadi pemimpin sesebuah negara yang telah diacu sempurna oleh pemikir Barat.

Jika beginilah corak politik universiti, kita dapat bayangkan bagaimana pula pemimpin yang bakal mereka lahirkan selepas tahun 2020.

Jalan terbaik adalah penghapusan besar-besaran politik universiti bagi memelihara maruah agama dan bangsa. Sedikit usaha, besar impaknya, mungkin tidak terkesan pada jiwa marhaen yang dahagakan kuasa di jalanan seandainya semuanya faham kebaikan yang terhasil dari sekatan tertentu. Malangnya, muda-mudi hari ini walaupun berketayap putih berjubah hijau, tetap asyik menyusun tari irama lagu gubahan Yahudi.