Sabtu, Januari 24, 2009

Gerhana Matahari Di Tahun Baru Cina?

Selamat menyambut Tahun Baru Cina yang akan diraikan oleh kaum Tionghua pada 26 Januari ini. Tahun Lembu yang bakal dinantikan ini membawa makna berbeza kepada kaum Cina kali ini.

Ini kerana tahun 2009 digambarkan sebagai tahun kemelesetan ekonomi dunia oleh peramal ekonomi antarabangsa. Bukankah kaum Cina amat takut dengan kemerosotan kekayaan? Bukankah mereka sanggup terjun bangunan andainya saham yang dipertaruhkan menyusut hingga jatuh rugi berjuta?

Ini sebenarnya bukanlah satu kejadian penting dalam penganut agama wahyu yang mengimbangi tuntutan rohaniah dan materialistik. Bagi mereka yang lebih memperhambakan diri kepada dunia, kemelesetan wang ringgit pantas memelesetkan jiwa hingga tandus dan sanggup membunuh diri sendiri. Tetapi petanda yang paling mereka takuti sedang menanti di hari kebesaran mereka.


日蝕:新年快乐?

Bagaimanakah pula mereka hendak menghadapi tahun 2009? Kali ini, petanda yang mereka takuti benar-benar berlaku di Tahun Baru Cina.

Gerhana matahari annulus akan berlaku pada hari Isnin, 26 Januari 2009, iaitu Hari Pertama Tahun Baru Cina. Walaupun ianya tidak melanda Semenanjung Malaysia kerana berlaku di bawah garis Khatulistiwa disekitar Indonesia, namun ia menggambarkan perjalanan masuk kegerhanaan ke rantau nusantara.


Namun, kaum Cina di Malaysia dan Singapura yang masih berpegang kepada petanda karut dan fengshui pastinya sangat-sangat bimbang akan keadaan ini. Ini mungkin perlambangan bahawa akan berlaku perkara buruk pada mereka, atau negara atau dunia pada tahun lembu kali ini.

Ah, biarlah mereka terus berkarut-karutan.