Sabtu, Januari 31, 2009

Ipohmalay Masuk UMNO

Nampaknya ramai pembaca menyangka penulis adalah ahli UMNO. Hakikatnya tanpa keahlian, UMNO boleh dipimpin juga asalkan ada semangat berakar umbikan dominasi agama dan bangsa asal atas bentuk pemerintahan negara di atas laluan sekular yang disediakan. Sebab itulah penulis enggan untuk mengepalai pemuda cawangan.

Ini bermakna, tanpa laluan yang disediakan itu, Melayu sendiri tidak boleh memperolehi kebebasan beragama seperti hari ini. Namun sekularisme membentuk masyarakat yang fobia kepada agama. Hindu fobia terhadap Islam. Islamofobia di Barat. Dan berbagai lagi.

Istilah penyatuan ummah tidak bermakna antara individu. Permulaan ke atas sebuah jalan boleh dibuat dengan kerja-kerja kasar. Penyatuan ummah di Malaysia hanya terjadi seperti contoh PAS bersatu dengan UMNO dan melayan UMNO seperti mereka melayan karenah PKR hari ini

Ataupun, apabila UMNO bersatu dengan PAS dan melayan PAS sepertimana mereka melayan karenah MCA sebelum ini.

Tetapi disebalik semua itu, PAS bersatu bersama kumpulan sekular paling kuat di negara ini. Penulis mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli UMNO melalui pendaftaran web dengan status pendaftaran seperti berikut:

No. Ahli : Ask Me
Negeri : Perak
Bahagian : Tambun
Cawangan : Ask Me
Tarikh Didaftarkan : 31.01.2009

Mulai hari ini, penulis adalah ahli UMNO. Yang baru. Bukan yang sedia ada.