Isnin, Februari 09, 2009

Bukit Gantang : Jins Shamsudin Masuk Gelanggang?



Takziah diucapkan kepada kaum keluarga Allahyarham Roslan Shahrum, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang meninggal dunia awal pagi tadi di Batu Gajah. Al-Fatihah.

Impian ahli PAS untuk melihat PRK di DUN Changkat Jering digantikan dengan kawasan parlimennya, Bukit Gantang.

Desas desus menyebut, Jins Shamsuddin, yang merupakan orang kuat UMNO Bukit Gantang akan dipilih menjadi calon. Beliau seorang Senator di Dewan Negara dan suara anak seni yang didengar kerajaan.

DAP pula seolah-olah akur dengan keadaan politik Perak, mengalu-alukan pengheretan Nizar ke kerusi parlimen. Dengan harapan Nizar akan mengekalkan kerusi Pakatan Rakyat di situ.

Osman Jailu, ADUN Bebas Pro-BN akan memainkan peranannya untuk membawa pendengaran rakyat di Bukit Gantang agar cenderung mengundi BN.

Bukit Gantang di sebut kembali. Kemelut Bukit Gantang bermula pada PRU11 2004 di mana kerusi tersebut dipinjamkan kepada Gerakan walhal majoriti Melayu melebihi 60% di Parlimen tersebut.

Tetapi, PRU12 tahun lalu menyaksikan UMNO tumbang di 'kerusi selamatnya' kerana Azim Zabidi dicalonkan mewakili UMNO di mana beliau sendiri Ketua UMNO Bukit Bintang, KL.

Komen di blog ini oleh anak jati Bukit Gantang bahawa penduduk di sana telah 4 penggal disandang orang luar perlu di ambil kira.

Kali ini, amat perlu bagi BN meletakkan seorang anak jati Bukit Gantang yang DISENANGI RAMAI untuk bertanding kerusi Parlimen tersebut.

Dan Jins Shamsuddin mungkin dipertaruhkan? Mungkin J factor menjadi kelebihan dalam dirinya. Nizar, orang Tapah, duduk Kampar, kerusi di Lumut, tak mungkin berjaya. Nanti, ada lagi, si penderhaka yang sah.

Apa-apapun, marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Roslan Shahrum.