Selasa, Februari 10, 2009

Bukit Gantang : Fakta Dari PRU12

Berikut adalah fakta berhubung P.059 Bukit Gantang berdasarkan PRU12 yang lalu.

P.59-BUKIT GANTANG
MOHGANAN A/L P.MANIKAM (BEBAS) 872
ABDUL AZIM BIN MOHD ZABIDI (BN) 18,449
ROSLAN BIN SHAHARUM (PAS) 20,015
JUMLAH PEMILIH : 55,471
Melayu 63.57%
Cina 27.14%
India 9.12%
Lain-lain 0.16%
MAJORITI : 1,566
Peratus Mengundi : 72.65%

N.13 - KUALA SAPETANG
TAI SING NG (PKR) 7,285
SEE TEAN SENG (BN) 6,721
JUMLAH PEMILIH : 14,496
Melayu 59.9%
Cina 32.17%
India 7.9%
Lain-lain 0.06%
Majoriti : 564
Peratus Mengundi : 73.59%

N.14 - CHANGKAT JERING
MOHD OSMAN MOHD JAILU (PKR) 9,411

MAT ISA ISMAIL (BN) 8,309
JUMLAH PEMILIH : 18,114
Melayu 63.88%
Cina 26.12%
India 9.76%
Lain-lain 0.23%
Majoriti : 1,102
Peratus Mengundi : 72.85%

N.15 - TRONG
ROSLI HUSIN (BN) 4,212
NORAZLI MUSA (PAS) 3,296
JUMLAH PEMILIH : 7,690
Melayu 69.47%
Cina 20.46%
India 9.89%
Lain-lain 0.19%
Majoriti : 916
Peratus Mengundi : 70.50%

Sekarang lihat hasil matematik ini. Jika keseluruhan undi BN bagi DUN diambil kira, undi bagi calon-calon BN di DUN ialah 19,242. Undi bagi Azim Zabidi bagi kerusi Parlimen pula ialah 18,449. Azim Zabidi kehilangan 793 undi dari penyokong BN yang mengundi BN pada peringkat DUN. Walaupun angka ini kecil, ia memberi petunjuk jelas bahawa, terdapat unsur boikot ke atas undi bagi kerusi parlimen Bukit Gantang dari ahli UMNO sendiri. Apakah sebabnya? Sudah tentu kesilapan meletakkan calon.

Bukit Gantang : Ngeh Mahu Nizar Berlaga Dengan Osman Jailu





Ngeh Koo Ham tidak akan melepaskan Nizar. Kali ini Nizar diletakkan sebagai bahan ujikajinya. Ujikaji yang membawa 2 erti. Membunuh atau menghidupkan. Begitu sekali nafsu tok dalang itu.

Ngeh akan melihat sejauh mana pengundi Bukit Gantang akan memberikan simpati ke atasnya. Lalu Nizar diharapkan menang supaya isyarat jelas diberikan kepada BN bahawa rakyat menentang peralihan kuasa yang sah disisi perlembagaan.

Ataupun Ngeh sengaja mahu orang yang disuruhnya menderhaka untuk terjun ke dalam perigi buta andaikata orang Melayu menolak Nizar di Bukit Gantang.

Kedua-duanya memberikan keuntungan politik kepada Ngeh. Jika Nizar menang, DAP turut menang sama. Jika Nizar kalah, PAS yang kalah sorang-sorang.

Dengan taktik ini, Ngeh akan berusaha berkempen menunjukkan simpati yang diharapkan dari pengundi Bukit Gantang berhubung isu 'kudeta' yang mereka mainkan.

Isu tersebut terlalu hangat dan kempen politik kedua-dua pihak meletakkan kerajaan baru BN Perak dalam bahaya. Ini kerana Ngeh tahu, orang Melayu lekas jatuh simpati, mudah di api-apikan. Ini menguntungkan DAP.

Dalam hal yang lain, UMNO Bukit Gantang tidak boleh tersilap memberi endorsement terhadap calon mereka. Andai kata salah calon yang dipilih, BN dan institusi beraja negara ini akan menerima rintangan yang sangat besar selepas itu.

Tetapi, adakah Melayu Bukit Gantang akan membuat pilihan mengikut hasutan dan rasa benci, emosi dan sakit hati. Jika begitu, pihak manakah yang berjaya memohon 'simpati'?

Walaupun ianya pilihanraya kecil parlimen, ADUN Changkat Jering menjadi tumpuan.

Penduduk Bukit Gantang memerlukan Osman Jailu membuka pekung di dada. Hanya dengan itu sahaja, dia mampu membogelkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dimurkai Sultan itu nanti. Dengan rasa kesedaran atas kesilapannya yang lalu dan berjanji untuk berubah, simpati terhadap Osman Jailu mungkin akan menjadi faktor.

Apapun, penulis percaya, penduduk Bukit Gantang akan memilih calon yang terbaik dan disenangi mereka. Penulis percaya bahawa mereka sedar akan kesan undi mereka yang amat besar ke atas institusi beraja dan BN keseluruhannya.

Adakah Pakatan Rakyat Perak sempat berbakti kepada mereka?

Wallahualam Bisawab.