Khamis, Februari 12, 2009

Bukit Selambau: Hantar Saja Azeez

UMNO banyak mempersiakan aset yang ada apabila melibatkan modal insan. Maksud yang hendak disampaikan ialah, kegagalan UMNO menggunakan asetnya, yakni ahli yang mahir dalam bahasa Cina dan Tamil, untuk memberi penerangan mengenai perjuangannya.

Untuk DUN Bukit Selambau, adalah lebih molek sekiranya Pengerusi Putera UMNO, Abdul Azeez Abdul Rahim dicalonkan bertanding. Ini kerana, MIC belum tentu dapat memberi kemenangan kepada BN selagi Samy Vellu berkuasa.

Azeez mempu berbahasa Tamil dengan baik dan inilah peluang yang sesuai untuk Azeez berkempen ke atas penduduk India juga Melayu di situ. Di samping itu juga, jika menang, Azeez dapat membersihkan namanya yang sebelum ini sedikit sebanyak tercalar berikutan isu Hindraf.