Ahad, Februari 15, 2009

Bukit Gantang : Permintaan Dituruti UMNO Pusat

Utusan Online, Ahad 15.02.09

Calon Parlimen Bukit Gantang anak tempatan
15/02/2009 2:29pm

IPOH 15 Feb. - Barisan Nasional (BN) akan memastikan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang adalah terdiri daripada anak tempatan yang dapat diterima oleh para pengundi kawasan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebarang spekulasi bahawa parti itu akan meletakkan calon daripada luar tidak akan berlaku sama sekali.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Perak berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup BN negeri itu di sini hari ini.

Ulasan

TERIMA KASIH KERANA MEMASANG TELINGA DAN MENURUTI KEHENDAK KAMI.

Kebarangkalian PM Islam Bukan Melayu Sekadar Tukar Nama Di KP?

Saya teringin menjawab persoalan seseorang yang komen di posting saya sebelum ini berhubung tulisan saya yang dipetik. Ini persoalannya:

Tanpa Nama berkata...
"Jika tidak sudah tentu dia memeluk Islam kerana mahu menjadi MB"

Bayangkan perasaan orang melayu sekiranya dikatakan ada yang murtad akibat gila kuasa. Sekarang renung balik kenyataan diatas. Adakan saudara ingat orang Cina tak berperasaan? Adakah maruah orang Cina terlampau murah?

Sebenarnya dia memetik hanya separuh ayat. Sambungan ayat tersebut ialah "..dan mencipta krisis perlembagaan paling mula." Itu semua sekadar tulisan sarkastik. Tetapi cuba fikirkan tentang kebarangkalian ini berlaku nun di masa depan.

Jawapan saya mudah. Adakah sama penggila kuasa dengan rakyat kebanyakan? Sudah tentu tidak. Penggila kuasa tahu apa rasional emosi bangsanya. Baik UMNO mahupun DAP. Sebab itulah Karpal kecil hati. Kerana dia Punjabi.

Lagipun, saya telah melihat berpuluh-puluh lelaki Cina mengahwini perempuan Melayu dengan menukar agama kepada Islam, tetapi masih ke disko, mabuk, tatu penuh badan, makan di kedai Cina dangan lahapnya, telan ekstasi, main mahjong dan pendek kata, hanya nama sahaja berubah.

Jika kerana nafsu mereka boleh berbuat demikian (dibaca menjatuhkan 'maruah' sendiri : mengikut telahan kebanyakan orang-orang Cina), apatah lagi DEMI KUASA PEMERINTAHAN? Apa ada pada lubuk perempuan Melayu? Sama sahaja dengan perempuan Cina. Tetapi, BANYAK YANG ADA PADA LUBUK KUASA ORANG MELAYU. Melebihi si polan bertukar nama itu mengahwini 4 gadis Melayu sekaligus.

Saya minta maaflah jika sedikit kasar dalam posting kali ini. Tapi saya ingin sampaikan sesuatu dengan jelas.

Apakah akan ada di masa depan, seorang Cina 'Islam' yang dicita-citakan menjadi Perdana Menteri tetapi masih menjadi VIP di majlis-majlis yang dipenuhi arak dan babi, malah, menjamah semua terhidang.

Kata-kata ini tidak dituju kepada Cina Mukminin. Ada yang menjadi ustaz yang saya sendiri amat hormati. Kata-kata ini ditujukan kepada golongan 'dajal' yang akan berusaha untuk memporak perandakan perlembagaan. Hakikat Zionisme itu sendiri mencipta perlembagaan sesebuah 'state' untuk diperselisihkan di masa depan.

Lupakah kita dalam PKM dulu ada Cina yang diberi gelaran lebai haji dan sebagainya oleh kompatriot mereka kerana kelicikan 'lebai dan haji' ini menipu orang kampung-kampung Melayu? Malah unit risikan mereka berjaya berpakaian Islam dan berpura-pura Islam demi cita-cita fahaman mereka.

Cina Mukminin berpakaian 'Arab' telah lama disisihkan Cina mainstream. Cina Islam yang masih senang ke tokong-tokong tetap diterima Cina mainstream. Jadi berpeluangkah Cina Mukminin untuk menjadi PM?

Sesiapa yang menuduh saya racist semata-mata kerana saya menulis sebuah kebenaran yang perlu difikir seharusnya bertindak terlebih dahulu menyekat pihak mereka yang berbuat demikian 'ke atas orang Melayu' diluar pengetahuan orang Melayu kerana batas bahasa.

Sesiapa yang dahulunya melontarkan idea 'asalkan Islam sudah' patut memikirkan tentang ini.