Jumaat, Februari 20, 2009

Antara Elizabeth Chua Dan Helmi Wong

"Itu hak masing-masing la. Tak dosa. Nak bogel berseorang diri. Tak berdosa. Malu dengan malaikat je la. Soalnya siapa yang menyebarkan tu." - Nik Aziz , Buletin Utama , 20 Feb. 09

Dalam soal penyebaran gambar privasi, perkara pertama menjadi drama penyebaran tu dah tentu lah :

A) KALAU HENFON/KAMERA DIJUAL ATAU DICURI

1. Kalau gambar dah dipadam : Tokeh kedai henset yang buat duit. Sebab semua imej yang dipadam sekalipun masih boleh diretrieve di kedai henset. Niat : Menjatuhkan imej oleh pihak luar.

2. Kalau gambar masih ada : Pencuri henset atau empunya kedai henset. Niat : Menjatuhkan imej dari pihak luar.

B) KALAU HENFON/KAMERA MASIH DITANGAN PEMILIK

1. Ter'bluetooth' ke telefon lain semasa seronok bluetooth dengan kawan. Niat : Tidak sengaja

2. Tersend MMS ke orang lain. Niat : Tidak sengaja

3. Sengaja nak menjatuhkan imej. Niat : Menjatuhkan imej dari pihak dalam.

Nampaknya, kebarangkalian tindakan cubaan menjatuhkan imej oleh pihak dalam hanyalah 1/6 dari keseluruhan kebarangkalian. Tetapi niat menjatuhkan imej boleh dikira dengan 2/2 + 1/3 = 4/3 atau lebih 1. Memang tujuan penyebaran tersebut ialah menjatuhkan imej.

Perkara kedua ialah, mengapa Eli cabut lari? Mengapa Tian Chua melibang libu macam monyet termakan cili? Apa yang mendorong Eli mengatakan ""Saya juga telah diberitahu bahawa terdapat satu serangan baru, dengan lebih banyak foto dan video diedarkan untuk memalu dan memusnahkan saya. "

Aisehmen. BN ke buat kerja ni. Cekap lah. Kalau BN buat memang BN kerajaan paling cekap dalam dunia. Kalau dah cekap nak tukar buat apa? Tapi rasanya BN tak pandai mana. Karpal Singh atas kerusi roda pun tak daya nak sergah.

Rupa-rupanya Eli seorang bohsia. Maaf yer. Bohsia bermaksud sepi dalam Hokkien. Kesepiannya dihiburkan dengan kehadiran jantan-jantan freethinker dalam jaringannya.

Agaknya, Tian Chua takut ada adegan asmaranya terkeluar agaknya. Tapi bukankah Tian Chua tu aww gituh? Main gigit-gigit tangan ? Tapi tiada rotan, akar pun berguna. Asalkan jadi bangku.

Bukan Helmi punya angkara. Khir Toyo curi hensetnya. Itulah kata orang Melayu yang tak mengaku Melayu dalam PR ( tapi hanya reti cakap Melayu.. kah kah kah) . Mereka suka membela freethinker dan menganggap kenakalan adalah hak privasi. Lihatlah nanti anak-anak mereka menuntut apa yang 'mereka perjuangkan'.

Maka bertanyalah seorang bapa kepada anaknya di Parlimen Batu:
"Nak, besar nanti nak jadi apa?"

Maka jawablah anaknya yang membuatkan muka bapanya membatu:
"Nak jadi freethinker macam Tian Chua. Kan ayah sokong dia. Aiman suka tengok ayah gantung poster dia haritu. Aiman tak kesahh~"

Memang Sultan Boleh Disaman, Tetapi...

Ya, Tun M pernah terbabit merangka pindaan yang membolehkan Sultan disaman. Tapi ketika itu sebab apa? Sebab membela rakyat kebanyakan dari penganiayaan. Mungkin, perpustakaan undang-undang bergerak, Karpal Singh, mencari jalan membalas dendam terhadap Tun M dengan mencuba untuk menyaman Sultan Azlan ke mahkamah baru-baru ini.

Sultan boleh disaman. Tetapi hanya yang paling biadap akan menyaman Sultan. Menyaman Sultan bererti ingkar dan mohon dibuang negeri. Tidak keterlaluan, ia ibarat menendang ibu sendiri kerana pertimbangannya yang tidak menyebelahi si anak dan berambus dari rumah.

Tiada soal GAMUDA atau campurtangan anak perempuannya yang sememangnya antara wanita terkaya di Malaysia. Moral seorang yang tidak mengetahui dan hanya menyampaikan apa yang dia sendiri tidak tahu, tidak diterima Islam kerana ianya jelas penganut fitnah.

Apakah Sultan yang terkenal paling terpelajar antara lain-lain raja Melayu, sewenang-wenang mahu membuat pendekatan yang tidak popular dikalangan penganut mazhab pemfitnah? Sudah tentu harta yang dimiliki tidak memerlukan apa-apa langkah untuk merosakkan nama baik baginda yang dibina lebih 60 tahun. Lagipun baginda pewaris negeri yang akan mewariskan takhta. Bukankah Raja Nazrin amat disenangi semua lapisan rakyat DAP, PAS, PKR, UMNO beberapa tahun lalu? Takkanlah sekelip mata kau berubah, Kenanga, Mawar, Awang & Lepat?

Apa yang Sultan Azlan putuskan adalah untuk membela rakyat kebanyakan dari penganiayaan. Maksud kebanyakan sudah tentulah rakyat Melayunya yang membuatkan ia menjadi sebuah Negeri Melayu yang diiktiraf dunia. Terlalu banyak elemen penganugerahan tanah tanpa perkenan istana di bawah PR. Mana boleh.

Baginda mungkin tak keberatan beri perkenan untuk pemberian tanah kampung baru, tetapi kenapa Nizar terlalu menurut kata Ngeh bahawa ianya tidak perlu melalui istana? Akibatnya, Raja Nazrin banyak memberi hint dalam ucapannya berhubung apa yang berlaku di Perak di bawah Pakatan Rakyat dalam ucapan-ucapan seminarnya tahun lalu.

Negeri ini adalah milik kesultanan Perak. Sultan berhak menentukan citarasa pembangunan yang tidak menjejaskan kesinambungan negerinya. Yang mempertikaikan adalah golongan pendatang yang menganggap negara ini hak mutlak mereka melebihi apa yang tertanam dalam jiwa orang Melayu.

Maka sebilangan besar mereka mempersendakan, mengutuk dan menghina raja-raja di internet dan kedai kopi. Jiwa mereka kini republik. Mereka mahu kuasa raja diserahkan semula kepada rakyat yang memberi maksud re-public.

Tetapi mereka ini sangat kurang cerdik apabila terlupa untuk menjelaskan pada waktu bila kuasa itu berada ditangan rakyat sebelum 600 tahun lalu. Seluruh semenanjung adalah dibawah Empayar Siam dan sebelum-sebelum itu orang asli tidak memiliki kerajaan. Mereka yang diperbodohkan oleh agen Yahudi kemudian memperbodohkan pula orang ramai.

Sultan Azlan tahu bahawa sentimen merakyatkan kuasa itu bermula 300 tahun lalu dan pengekalan institusi beraja di Malaysia hingga hari ini wajar diperkukuhkan. Apabila terlalu banyak urusan dibuat tanpa melalui istana di Perak, baginda berhak MENGHUMBAN KERAJAAN TERSEBUT hatta Kerajaan UMNO 100%. Baginda bukanlah sebodoh rakyat bodoh yang hidup bersuapkan kata-kata tukang api yang memang tak guna satu sen.

Di Malaysia, sistem raja-raja dikawal oleh perlembagaan. Bahkan Sultan Azlan turut terbabit dalam meminda perlembagaan berhubung isu Sultan Johor satu ketika dahulu. Baginda tahu baginda turut boleh diheret ke mahkamah. Namun, baginda seorang raja. HANYA DI TANGAN BAGINDA MAKSUD 'RAKYAT' ITU BERADA, DAN SIAPAKAH RAKYAT YANG PERLU DI BELA.

Penganut mazhab pemfitnah buta hati untuk memahami hakikat ini kerana tidak mempertimbangkan pandangan orang lain, melainkan imam-imam fitnah yang bukan sahaja dari masjid, malahan dari kuil-kuil, gereja-gereja dan kelab-kelab masonry yang irihati.

Pakatan Rakyat mencuri perkataan tersebut dari istana dan terlebih dahulu membuat 'kudeta' ke atas raja. Hakikatnya rakyat terus tidak terbela dan agihan kuasa berleluasa. Rakyat yang terdidik dengan kebuluran gosip, digunakan sebaiknya oleh Pakatan Rakyat untuk membawa mereka memeluk mazhab pemfitnah.

Bukankah sebelum ini mereka memperjuangkan moraliti tetapi cara hidup bebas disebut privasi? Bodoh nak mampus namanya. Oh lupa mereka tidak beragama. Mengapa PAS lebih percayakan mereka? Itukah yang akan bersama Imam Mahdi?

Mereka sebenarnya sangat kusut, bodoh dan sombong.