Isnin, Februari 23, 2009

Apa Yang Penting : Kerjasama - WonderPAS

Terlalu banyak suara menyeru penyatuan UMNO PAS di Perak. Jika tidak menjadi satu entiti pun, cukuplah sekadar penyertaan PAS dalam Kerajaan BN Campuran.

Nizar pernah ditawarkan MB Perak dalam Kerajaan Campuran PAS-BN pada bulan 8/2008 oleh Tajol Rosli. Tetapi sentimen Pakatan Rakyat yang didalangi kafir harbi menafikan kehendak tersebut.

Hari ini Tajol Rosli tiada lagi. Tetapi wadah Melayu Perak terus berkumandang. Melayu dan Melayu perlu bersatu.

Jangan justifikasikan kemajmukan persaudaraan seIslam Melayu Perak dengan agenda bawaan Harakah, Tranungkite, Pahang Daily yang merupakan media ciptaan Yahudi. Media yang dilahirkan untuk memecah belah ummah. Media yang kemaruk wang sampai terpaksa mengiklankan ubat kuat. Demi itu, ia terpaksa mencari berita sensasi, permusuhan yang digemari oleh para kebulur dakyah.

Terkorban maruah Melayu Islam apabila PAS terpaksa menjadi boneka di Perak. Kami dari UMNO yang bersimpati. Kami inilah yang lebih mengeluh. Kami inilah yang lebih memikirkan mengapa jadi begini. Kami inilah yang memperjuangkan moral uplifting bagi mengembalikan maruah ke tempat yang sepatutnya.

Pedulikan komen-komen bersentimenkan PAS Pusat yang menaja pecah belah. PAS Pusat yang membelangkangkan Ihkhwanul Muslimin. PAS Pusat yang menghalalkan cara demi matlamat.

PAS lahir di Perak. Bukan di Kelantan. PAS Perak perlu bekerjasama dengan UMNO. PAS Perak perlu mengorak langkah. Rapatkan persaudaraan kita orang UMNO dan PAS di Perak yang selama ini saling bekerjasama di peringkat akar umbi.

UMNO dan PAS di Perak tidak pernah bersembahyang dua imam. Tidak pernah memboikot majlis kenduri kahwin. Malah bertolong-tolongan dalam kehidupan harian. mengapa setakat itu sahaja. Ianya perlu diterjemahkan ke peringkat tertinggi. Peringkat kepemimpinan! Jika di peringkat bawah, sentimen separatist PAS Pusat boleh diketepikan. Mengapa tidak di peringkat Negeri? Mengapa perlu mengikut politik PAS Pusat yang bersifat benci dan dengki? Orang PAS di Perak (di baca di peringkat akar umbi), hakikatnya tidak menyokong sifat keji tersebut.

UMNO Perak lebih vokal dari UMNO Pusat. UMNO Perak mampu membuatkan UMNO Pusat mempersetujui calon tempatan bagi P059 Bukit Gantang. Tetapi mengapa PAS Perak terlalu menurut PAS Pusat. PAS Perak sepatutnya gagah. Mereka pernah menduduki kediaman Menteri Besar Jalan Tambun. PAS Perak perlu memainkan peranan menghidupkan semula roh hari ia mula lahir kedunia di bumi Perak. PAS Perak perlu mengubah PAS yang telah dipantaitimurkan.

Apa yang penting kini ialah, KERJASAMA.