Rabu, Februari 25, 2009

Hakim PAS Tarik Diri, Terima Kasih.

Malaysiakini, 25 Feb. 09

Nizar vs Zambry: Judge recuses himself
Hafiz Yatim

Kuala Lumpur High Court judicial commissioner Mohamad Ariff Md Yusof today decided to recuse himself from hearing the case of who is the rightful Perak menteri besar.

"Decision stresses basic principle of justice"

"Sitting has 'courted controversy'"

Ulasan

RECUSE (dari Merriam Webster): to disqualify (oneself) as judge in a particular case ; broadly : to remove (oneself) from participation to avoid a conflict of interest

atau

Mengumumkan seseorang itu tidak layak sebagai hakim dalam sesuatu kes, atau lebih umum, mengeluarkan seseorang dari penyertaan dalam satu perihal bagi mengelakkan konflik kepentingan sendiri.
Dalam kes ini, Mohamad Ariff Md Yusof telah memutuskan untuk RECUSE diri sendiri.

Mansuhkan PPSMI, Perkasakan Subjek BI - Malaysiakini

Penulis mempunyai fikiran berbeza namun bersifat cadangan untuk persetujuan umum. Konsep mencadang inilah yang Pakatan Rakyat tak buat sebab sibuk mencari jalan menjatuhkan juga Kerajaan Pusat yang diberi mandat oleh rakyat walaupun kurang dari biasa.

Jika mereka mampu lakukan, sila lakukan.

Berhubung PPSMI, penulis mempunyai pendapat sendiri. Penulis memperolehi C5 dalam bahasa Inggeris peringkat SPM. Tetapi penguasaan Bahasa Inggeris penulis telah menepati semua maksud perbahasaan Inggeris sebagai bahasa kedua selepas 10 tahun.

Contoh lain, pelajar di Politeknik mempelajari semua kursus melibatkan Sains dan Matematik sehingga peringkat Diploma dalam bahasa Kebangsaan. Mereka tetap menjadi pilihan syarikat-syarikat swasta. Hanya desakan hidup yang membuatkan sesetengahnya tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran lebih jauh.

Kini, penulis merasakan bahawa tiada terma sesebuah pengajian logik itu mengikut kesusasteraan sesebuah bahasa. Maka, PPSMI bukan menjadi satu-satu jalan pemantapan bahasa Inggeris. Jika kita mahukan Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, ia bermaksud suatu hari nanti kita memerlukan program pemantapan bahasa Melayu di kalangan rakyat.

Singapura terpaksa mengadakan kempen pemantapan bahasa Mandarin ke atas 3 juta penduduk Cina di sana hari ini. Ketika itu di negara ini, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan akan diketawakan kerana ianya hipokrit pihak kerajaan.

Realitinya, Bahasa Inggeris tidak diamalkan dirumah-rumah. Pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mengakibatkan ianya ibarat mempelajari subjek tersebut di luar negara. Bahkan diterapkan di peringkat kanak-kanak lagi.

Tidak mustahil satu hari nanti, ketika pelajar-pelajar hari ini telah mampu membuat dasar, mereka akan memansuhkan penggunan Bahasa Melayu dalam pengajian dan pembelajaran. Ini sebenarnya disukai oleh pembangkang bukan Melayu kerana agenda menyamaratakan bahasa kebangsaan seperti di Singapura sedang bergerak maju.

Sebenarnya, pengajian Bahasa Inggerislah yang perlu dimantapkan. Bahkan, sekiranya Sains & Matematik turut dimasukkan ke dalam silibus Bahasa Inggeris mengikut kesesuaian usia, para pelajar akan dapat memantapkan lagi pemahaman Sains dan Matematik.

Jika subjek Sains dan Matematik dalam kelas Bahasa Inggeris mengikuti Sains dan Matematik dalam versi Melayu, pelajar akan lebih memahami modul pengajian itu sendiri kerana diajar dua kali dalam bentuk yang boleh dikaji oleh pentadbir pendidikan.

Keberkesanan kaedah ini mampu memberi petunjuk dalam masa yang singkat dan mengurangkan kerugian masyarakat menyediakan buku untuk anak-anak dapat dielak.

Justeru penulis berharap agar kerajaan memansuhkan pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan menambahkan jam per minggu subjek Bahasa Inggeris untuk membolehkan Sains dan Matematik diajar dalam kelas Bahasa Inggeris.

Hanya dengan panjangkan waktu persekolahan, sediakan masa bebas untuk pelajar berbincang luar kelas, dan tambahkan alat-alat bantuan mengajar seperti akhbar, idea ini nampak lebih baik jika dilaksanakan.

Akhirnya, keputusan menang-menang diperoleh oleh pelajar dalam pemantapan ilmu Sains dan Matemati beserta keupayaan berbahasa Inggeris.