Khamis, April 02, 2009

DAP Bikin Bukit Gantang Medan Referendum Ingkar Titah Sultan

Oportunis yang chauvinis tidak pernah gagal untuk menyibuk dalam lanskap politik Larut Matang sejak mereka mula tiba. Dari puak Gee Hin dan Hai San yang berperang hingga lah PRK Bukit Gantang, 130 tahun kemudian, peranan ini terus ada.

Tetapi kali ini, lain pula kisahnya. Kali ini, puak oportunis chauvinis pula yang mahu menjadi tekong. Dan paling ironik menggunakan puak-puak lebai atas nama Islam yang mereka sendiri ada penentangan besar dalam hati mereka.

Pemilihan Nizar oleh DAP memang cadangan paling mula. PAS Pusat pun akhirnya akur dengan mainan politik DAP Perak. Kali ini DAP mahu mempergunakan orang Melayu Bukit Gantang. Ada ibaratan mahu membalas dendam terhadap pembesar Matang dahulukala yang mempergunakan mereka hingga mereka berlaku bunuh-bunuhan sesama mereka lebih 100 tahun lalu.

DAP Perak mahu menjadikan PRK Bukit Gantang 07.04.09 sebagai medan referendum penolakan rakyat Perak ke atas keputusan Sultan Azlan Shah. Penduduk Bukit Gantang akan digunakan oleh DAP untuk menunjukkan pengkhianatan beberapa ribu manusia ke atas Sultan Perak. Lebih ramai lebih baik pada fikiran mereka.

Tindakan ini sangat tidak bertepatan dengan matlamat PRK itu sendiri iaitu memilih ahli parlimen Bukit Gantang ke Dewan Rakyat.

Justeru, masyarakat Bukit Gantang perlu tahu permainan DAP - PAS di Perak. Mereka seharusnya menolak campurtangan tidak kena gaya oleh oportunis chauvinis yang sedang mempergunakan mereka.

Bukit Gantang perlu dijadikan medan referendum makan diri buat Pakatan Rakyat di Perak.