Selasa, April 14, 2009

PAS Mahu Tunjuk Perasaan Ala-Thai di Perak?

Setiausaha Agung PAS Pusat, Kamaruddin Jafar, yang dulu merupakan pengampu orang kaya dalam UMNO yang kini kekecewaan, dengan beraninya membuat ugutan untuk menjadikan politik Perak seumpama apa yang berlaku di Thailand.

Si Kamaruddin inilah yang dulu semasa bersama UMNO menjadi jaguh yang tidak dilagukan dan tidak disenangi ahli UMNO akar umbi dalam perjuangannya menentang hudud menggunakan platform UMNO.

Hari ini, mangkuk sia ini cepat-cepat menunjuk pengaruhnya dalam menerapkan MOB RULE kepada ahli PAS yang kebanyakannya terlalu cetek ilmu mereka dalam sejarah demokrasi itu sendiri. Orang nak politik, depa pun nak politik.

Jangan biar budaya Thailand menerpa masuk ke negeri Perak ini. Jika mob di Thailand masih berlandaskan setia mereka kepada raja, mob di Perak melambangkan sebaliknya.

Tetapi, jika teringin sangat, Kamarudin Jafar dicabar untuk memulakannya. Dan kita boleh lihat acara Melayu bertempur dengan Melayu di Perak dan selagi tiada antara kita yang merasa kerugian sampai jatuh terduduk, tiada apa yang dapat kita insafi.

Kalau ada nyawa yang melayang, kita tanya la para mufti apa 'keistimewaan' ke atas orang yang mati mempertahankan dogma Yahudi.