Ahad, April 19, 2009

Inikah Calon PKR Bagi DUN Penanti ?


Ketika PRU11, PKR hanya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Di dalam Parlimen inilah letaknya DUN Penanti. Penanti dipercayai berasal dari sebuah kawasan orang asli pada awal kurun ke 20. Pekan penanti turut dikelirukan dengan panggilan Kubang Semang yang turut menggunapakai pekan Penanti sebagai nama pusatnya walaupun Kubang Semang pada asalnya terletak beberapa kilometer dari Penanti.

Kekeliruan ini seolah-olah mencambahkan lagi kepada kekeliruan pemilihnya yang bermati-matian mengekalkan seorang ahli Parlimen antara paling lama menguasai sesebuah kawasan. Sayangnya mereka kepada parti ahli Parlimen tersebut membelakangkan tohmahan mereka sendiri kepada kegilaan seseorang ahli politik terhadap kuasa.

DUN Penanti kini menjadi tapak mula bagi PKR menunjukkan bahawa hatta meletakkan tunggul kayu sekalipun, mereka mampu memenangi kerusi DUN tersebut.

Inilah bayangan betapa akar umbi PKR itu sendiri kukuh mencengkam sentimen politik negara ini dengan tunjangnya di Parlimen Permatang Pauh yang mana di dalamnya terletak DUN Penanti.