Sabtu, April 25, 2009

Piala FA : Ipohmalay Sokong Kelantan


Bercakap tentang perlawanan akhir Piala FA malam ini, penulis memberi sokongan penulis kepada pasukan KELANTAN.

Walaupun pasukan KELANTAN dicemari dengan kebrobokan penjaga gol tua yang kontroversi sejak berzaman lalu, si Halim Napi dan keganasan penyokongnya yang kononnya hooligan British, namun ada sebab penulis memberi sokongan kepada Kelantan.

Ini adalah kerana, kekuatan pasukan tersebut amat bergantung kepada dua MELAYU IPOH di dalam pasukan tersebut.

INDRA PUTRA MAHYUDIN dan KHALID JAMLUS merupakan dua sekawan yang berasal dari sekitar Manjoi, Ipoh. Kedua-duanya mula mengasah bakat di sebuah sekolah projek bolasepak iaitu S.M. Dato' Dr. Megat Khas ( Sekolah Labrooy ) di Jalan Labrooy, Merdeka Garden, Ipoh.

Jadi, walaupun penulis langsung tidak pedulikan bagaimana rentak perlawanan tersebut kerana ada banyak perkara yang lebih penting dalam hidup ini untuk ditumpukan malam ini, penulis berharap akhbar esok, di ruangan sukan, terpampang kejayaan pasukan Kelantan menumpaskan Selangor.

Indra & Khalid, buat lah apa yang patut. Komer dibayor untuk mewakili demer ateh padang tu ha.

Kepada penyokong Kelantan, jangan terlalu fanatik tak tentu hala. Sokong Kelantan tak masuk syurga. Ops. Jangan saman. ~