Selasa, April 28, 2009

Nik Aziz Setuju Bersyarat Berhubung Kerajaan Perpaduan.

Penulis kurang berminat selama ini untuk menghentam secara peribadi atas pendapat Nik Aziz berhubung kerajaan perpaduan. Penulis hanya menghentam PAS kerana penulis dapat merasakan ada ejen-ejen anti-penyatuan dalam PAS yang memberi maklumat yang salah kepada pemimpin mereka.

Nik Abduh Nik Aziz menyebut, ketika berbincang dengan bapanya Nik Aziz, bapanya tidak pernah menolak idea Unity Government. Apa yang difahami bapanya selama ini adalah kesan dari gambaran yang salah para 'pekerja' bapanya yang berkepentingan.

Nik Aziz mempunyai syarat untuk bersetuju dengan kerajaan perpaduan iaitu portfolio kewangan dan pendidikan perlu diserahkan kepada mereka. Bukan itu sahaja, bagi Nik Aziz, portfolio yang perlu diterapkan nilai Islam perlu diberikan kepada mereka.

Persoalannya, siapakah yang layak dari kalangan PAS? Apakah mereka yang selama ini memberi maklumat yang salah kepada beliau dalam isu Kerajaan Perpaduan? Apakah mereka mempunyai ahli yang khusus dalam sistem kewangan yang boleh mereka fahami proses-proses pindaan yang sesuai?

Tetapi, perbincangan untuk perkara ini perlu dibuat kerana usaha ke arah kerajaan perpaduan amat penting di masa hadapan.

Kita sedar apa yang berlaku dalam sistem ekonomi hari ini juga adalah kesan dari sistem kewangan yang agak koservatif yang diamalkan negara berbanding apa yang ada dalam otak Ketua Umum PKR.

Jika PAS bersama Pakatan Rakyat, adalah hipokrit untuk mengatakan sistem kewangan mampu diIslamkan sedangkan mereka tidak mungkin mendapat kuasa membuat dasar-dasar kewangan seandainya PR berjaya merampas Putrajaya.

Jika Nik Abduh ulas tentang perkara ini lebih awal, nescaya Hadi Awang tidak tergopoh-gapah menarik balik idea kerajaan perpaduannya baru-baru ini demi mengekalkan popularitinya dikalangan ahli-ahli PAS yang disebut Nik Abduh sebagai "salah pembawakan".