Sabtu, Mei 02, 2009

H1N1 : Babi Terselamat Lagi?

Selsema Babi tidak lagi digunapakai bagi menggambarkan virus selsema H1N1 di negara ini serentak dengan kehendak dunia dan kehendak penternak babi dan pemakan babi di negara ini.

Ini bertujuan bagi menyeragamkan pemakaian Influenza A H1N1 ke atas virus tersebut di negara ini dan juga dunia. Seperti H5N1 yang digunakan pada selsema burung, selsema babi tidak mungkin hilang dari sebutan masa depan bagi menggambarkan H1N1.

Istilah ini telah digunapakai sejak dulu apabila Spanish Flu yang melanda dunia pada 1918 dikaitkan dengan babi.

Letusan wabak serupa di Mexico baru-baru ini membuatkan nama babi menjadi glamour lagi setelah isu di Selangor dan Kedah genap setahun berlalu.

Tetapi kali ini, babi disensitifkan atas usaha menang-menang bagi pihak Melaiu yang sensitif dengan babi kerana ia merupakan perkataan mencarut paling umum, juga kepada masyarakat Cina yang tidak suka stigma selsema menghantui hidangan harian mereka.

Jadi, wajarlah H1N1 digunapakai sebagai istilah menggantikan selsema babi.