Sabtu, Mei 16, 2009

Kuasa Rakyat 1793 Membunuh Louis XVI

Kuasa rakyat dicipta untuk meliberasikan kaum Yahudi dari penindasan. Kumpulan pemikir dalam Yahudi menerapkan kuasa rakyat sejak Revolusi Perancis 1789 - 1799 di mana Raja Louis XVI dipancung dikhalayak ramai.

Mengikut Wikipedia :
Revolusi Perancis (1789–1799) merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan keistimawaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik, menjadi bentuk yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat. Tempoh ini berlaku ketika pemerintahan Raja Louis XVI. Revolusioner Perancis menggunakan cogan kata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan".

Krisis undi membunuh Louis XVI apabila Manifesto Brunswick, membuat undi atas kononnya Louis XVI menggunakan khidmat Prussia yang dikatakan musuh Perancis. Amalan ini dikatakan lebih demokratik. Louis XVI mati dibunuh pada 17 Januari 1793 dengan majoriti mudah dimana 361 perwakilan mengundi supaya Louis XI dibunuh manakala 288 menentang manakala 72 lagi mahu ianya bersyarat. Rakyat yang bodoh diapi-apikan hingga sanggup pergi ke pancungan dan mengenakan darah Louis XVI ke baju mereka tanda mereka pun terlibat sama menghapuskan raja.

Bermula dari detik itu, people's power, mobs, press, menjadi mainan. Sebelum mereka mencipta ideologi komunis, mereka mencipta penentangan pekerja dan majikan melalui kesatuan buruh. Kemudian barulah komunis diajar hingga China yang mempunyai sistem beraja berusia beribu-ribu tahun, bertukar menjadi milik negara komunisme. Komunisme merupakan kuasa kroni paling agung dicipta bertopengkan kuasa rakyat.

Berbalik kepada politik hari ini di negara ini, sesetengah kalangan pembangkang beragama Islam mendokong kuasa rakyat. Mereka memuji negara-negara komunis dalam soal kebajikan. Kebajikan memang mulia tetapi adakah kita menjemput penyuntik dogma untuk masuk?

Ya. Akhirnya PAS telah disuntik dogma liberalisasi yang mana mereka akhirnya terpaksa menyamaratakan perjuangan mereka dan nama Islam pada parti hanya penarik perhatian. Ini yang telah berlaku setelah penentangan-penentangan terhadap konsep musyawarah menjadi sebati.

Ia ibarat suntikan dogma yang telah menyerap ke tubuh hinggakan konsep persaudaraan seislam tiada dalam politik. Apabila adanya persengketaan, fitnah menjadi mainan yang menghiburkan bagi mereka.

Tidak mustahil sebuah perancangan akan menjadi apabila ruang bersuara tidak bertapis menjadi medan fitnah dan rekaan cerita bagi mendapat sokongan.

Sedangkan Louis XVI terkorban dengan kaedah itu, inikan pula raja, saudara seagama dan paling malang, masa depan akibat khayalan politik hingga ekonomi tertinggal dan kekal paling miskin.