Isnin, Mei 18, 2009

Dolak Dalik Nik Aziz Mengenai Politik Wang

Bandingkan 2 petikan ini dari Nik Aziz dalam tempoh 2 tahun :

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keadaan itu boleh dilihat di Ijok sebagai contoh kes terbaru, di mana RM36 juta dilonggok dengan begitu mudah sekali. - 4 Mei 2007 - HarakahDaily

"Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas," - 17 Mei 2009 - Utusan Malaysia

Apakah para pengundi yang menerima 'longgokan' itu yang menyebabkan PKR kalah di Ijok? Atau mungkin Anwar terlebih suka dan menari-nari di sana?

Jika demikian, apa yang nak disebut mengenai manusia dalam PAS? Mereka bukan wali keramat. Mereka mencarut juga. Mereka mengutuk orang juga. Malah mereka lebih kasar bila berhadapan dengan 'musuh politik'.

Pokok pangkalnya, Nik Aziz tidak boleh mengambil sikap berdolak dalik melalui ajarannya supaya " duit ambil, undi jangan ". Nik Aziz merestui money transaction dalam pemilihan kali ini.

Kalau di Kelantan, mungkin tabiat itu disokong. Ini kerana hormatnya orang Kelantan kepada Nik Aziz melampau-lampau. Kroni pun kronilah. Janji Kelate.

Tetapi PAS ialah parti seMalaysia. Untuk mengatakan idea Nik Aziz supaya ambil wang yang berlegar dan undi mengikut pilihan hati kepada perwakilan mungkin akan dipandang lesu.

Ini bukan kerana semata-mata wang, pro-Anwar yang telah menuntut ilmu akan menggunakan teknik memberi tawaran yang baik-baik belaka terhadap mereka ini apatah lagi Pulau Pinang dan Selangor turut menyokong mereka.

Dolak-dalik dalam jerat politik yang sampai akibat tidak memikirkan krisis dalaman sendiri kini sedang meracuni PAS dari dalam.