Khamis, Mei 21, 2009

Chin Peng Wajar Dibenarkan Masuk Untuk Dihukum Mati

Teng Hock Nan menggesa kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng untuk pulang ke Malaysia. Itulah apa yang PGRM mahukan. Baik. Penulis bersetuju kerajaan membenarkan Chin Peng pulang. Tetapi untuk dihukum mati demi simbolik kedamaian.

Chin Peng telah dengan ganas dan rakusnya merancang pembersihan etnik Melayu pada tahun 1945 hingga 1948 apabila beribu-ribu orang Melayu terdiri dari para imam, ketua kampung, pegawai kerajaan, tentera dan polis dibunuh kejam. Mereka dibunuh dengan siksaan yang macam-macam.

Penulis beri kata dua. Nampaknya semua orang berani memberi kata dua. He he he. Sama ada mengheret Chin Peng ke Mahkamah Tribunal Jenayah Antarabangsa atau humban Chin Peng ke penjara negara ini. Lebih baik lagi, adakan public execution ke atas Chin Peng.

Layakkah pembunuh dan perancang genosid dibela? Parti Gerakan sudah melampau. Parti Gerakan penyebab 13 Mei 1969 telah kembali perlu dipantau.

Hari ini, Hindraf boleh dikatakan tergolong dalam puak yang sama bahaya dengan PKM. Atau lebih cocok, sama bahaya seperti ancaman LTTE ke atas Sri Lanka. Apakah PGRM turut teringin untuk menempa nama dalam kategori tersebut?

Korek biji mata Teng Hock Nan dan pengikutnya dan sekiranya dia tidak rasa sakit, tidak berasa sengsara, maka layaklah dia perjuangkan supaya Chin Peng pulang. Ini kerana Chin Peng dan keganasannya melakukan jenayah tidak berperikemanusiaan lebih dari itu.

Jangan main-main.