Kejam dan Kebinatangan!
Samy Vellu bersimpati dan menuduh Sri Lanka melakukan genosid tanpa bukti ditangannya. Bagaimana pula dengan tindakan LTTE yang memmbunuh dan menyembelih 147 jemaah sebuah masjid di Batticaloa pada Ogos 1990?Enam hari kemudian, LTTE menawan beratus-ratus orang awam Islam dan membunuh lebih 200 dari mereka dengan kejam. Mereka mahu melakukan genosid! Inikah watak sebenar apa yang disokong Samy Vellu?
Klik untuk bacaan lanjut dan gambar-gambar menyayat hati !!!!
Inikah dia LTTE yang dijadikan ikon masyarakat Tamil di negara ini? Yang menjadi isnspirasi kepada Hindraf? Tiada ragu lagi, malahan Samy Vellu sendiri menunjukkan sokongannya tidak berbelah bahagi kepada LTTE.
Kerajaan seharusnya tidak bersikap bacul dalam menangani krisis yang sedang membiak dan boleh menjadi punca kerusuhan di masa depan. Samy Velly dan Hindraf perlu ditangani kerana jelas, mereka mampu menyemarakkan persengketaan dengan tindak tanduk mereka yang tidak sensitif.
Samy Vellu mahu Malaysia mengambil kira sensitiviti 1.4 juta bangsa Tamil dengan mengabaikan sensitiviti 14 juta orang Islam di negara ini.
Apakah segala yang sangat bertentangan dengan norma rukun kedamaian majoriti-minoriti tidak perlu diambil peduli hanya kerana ianya bersifat perkauman?
Yang salah dan keji tetap termaktub sebagai salah dan keji. Tidak kira apa juga, kekejaman, keganasan dan kebinatangan LTTE bukan sahaja tidak dikecam, malah disokong oleh Samy Vellu dan puak Tamilnya.
Di masa lain pula, puak ini mendesak orang islam di Malaysia bagi mengecam tindak-tanduk pengganas Al Qaeda bagi membuktikan orang Islam tidak menyokong keganasan.
Kini, mereka pula dengan terang menyokong sifat haiwan atas nama Tamil. Sungguh hipokrit!
Mengapa jadi begini? Inikah persepsi yang hendak ditunjukkan oleh kerajaan terhadap ketegasan negara ini menangani elemen subversif? Mana pejuang-pejuang Islam PAS dan PKR yang turut membantu perjuangan HINDRAF menuntut hak Hindu melalui kaedah LTTE?