Isnin, Mei 25, 2009

Gesa Tamil Malaysia Kutuk LTTE !!

Pemimpin Islam Sri Lanka merangkap calon Presiden, Abdul Rassul berkata, LTTE seharusnya memohon maaf secara terbuka kerana membunuh orang Islam dan menjadikan mereka pelarian. Beliau berkata, "Mereka masih lagi membunuh orang Islam. Kami tidak percayakan mereka". Klik untuk artikel asal

Kisah Jumaat malam Sabtu 4 Ogos 1990 di mana 2 buah masjid di Kattakundy diserang ketika solat Isyak banyak menghantui masyarakat Islam di sana. Setiap tahun, 4 Ogos menjadi hari berkabung bagi penduduk kawasan majoriti Islam tersebut. Pada malam itu, gerila Tamil Eelam menyerang dengan mesingan dan bukti pada mayat menunjukkan mereka diperlakukan dengan kejam sekali walaupun telah terkorban ketika berbaris untuk membina saf. 147 orang dibunuh kejam termasuk jemaah kanak-kanak. Bekalan elektrik diputuskan sebelum serangan.

Serangan ke atas orang Islam tidak berakhir di situ sahaja malah pada 9 Mac 2009, yakni dua bulan lepas, Majlis Maulidur Rasul peringkat kebangsaan Sri Lanka diserang penyerang berani mati Tamil Eelam mengakibatkan 10 maut dan 35 lagi cedera termasuk menteri di Masjid Jamek Godapitiya, Akurassa di daerah Matara.

FBI menyebut bahawa Tamil Eelam lebih merbahaya dari AlQaeda, Hizbullah dan HAMAS :

The United States' top intelligence agency, Federal Bureau of Investigations (FBI) says that the Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) is the most dangerous and deadly extremist organization in the world. The official website of FBI in its tops story said that LTTE is far more dangerous terrorists outfit than al Queda, Hezbullah or even HAMAS. Read more..

Samy Vellu harus didesak supaya disiasat kerana menunjukkan sokongan kepada keganasan paling merbahaya di dunia. Samy Vellu menyokong perjuangan HINDRAF pada mulanya tetapi ketegasan kerajaan membuatkan dia berhati-hati ketika berkata-kata mengenai Hindraf.

Tetapi, dalam isu LTTE, Samy Vellu cuba bermain sentimen menyokong pengganas walaupun dia tahu pemimpin Hindraf yang baru dibebaskan ini dahulunya ditangkap dan ditahan dibawah ISA atas siasatan hubungkait mereka dengan LTTE.

Sebenarnya Samy Vellu perlu disiasat berhubung kenyataan ini dan umat Islam perlu menggesa beliau meminta maaf secara terbuka. Malangnya, ramai orang Islam tidak tahu peristiwa kekejaman LTTE dan menganggap isu itu isu seberang laut. Hakikatnya, ia telah berakar di negara ini melalui kecenderungan pembawaan sentimen ketamilan dalam masyarakat India yang 85% darinya terdiri dari etnik Tamil.

Malangnya orang Islam yang tidak sedar ini terus menyokong Hindraf kononnya demi hak dan kebebasan walaupun tuntutan mereka adalah sama seperti LTTE dengan mendakwa berlaku pembunuhan etnik Tamil di Malaysia dan memberi kata dua kepada Perdana Menteri dengan menyebut 'perang'.

Selanjutnya, telah beberapa kali didengari 'kedatangan LTTE' di kuil Batu Caves ketika berlaku krisis Islam-Hindu di Malaysia. Jika itu tidak benar, mengapa selepas LTTE dihapuskan kerajaan Sri Lanka, kuil Batu Caves menganjurkan perhimpunan memprotes operasi tentera Sri Lanka?

Kerajaan perlu memastikan dengan apa cara sekalipun, bahawa Malaysia tidak akan dijadikan pengkalan bawah tanah LTTE dari luar. Ini setelah saki baki LTTE termasuk kepalanya, lunyai dibedil di Sri Lanka hujung minggu lalu dan baki yang belum mampus masih mampu mengilhamkan keganasan dari luar negara.

Simpati rakyat Malaysia ke atas LTTE perlu pemantauan rapi dan perlu dianggap berbahaya. Tiada kompromi dalam menentang penyokong kekejaman yang berlindung disebalik 'kebebasan menuntut'.