Ahad, Jun 21, 2009

Iran Mangsa Provocateur Ala Malaysia Dalam Kadar Lebih Pantas

Iran merupakan negara kedua di dunia menjadi mangsa spekulasi ciptaan 'tangan tersembunyi' para agentur provokatur dalam menggoncang kestabilan negara tersebut sesudah pilihanraya. Mangsa pertamanya ialah Malaysia, tahun lalu.

Tetapi apa yang berlaku pada Iran adalah hasil respon yang sangat pantas beberapa detik selepas keputusan diumumkan. Walaupun Ahmadinejad memperoleh 63% undi, kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan adalah jelas berlaku atas SPEKULASI dari pihak yang mahu menafikan kemenangan Ahmadinejad dengan cara khabar angin.




Sebab apa saya mengatakan Malaysia turut mengalami kesan yang serupa ialah : Fitnah dan spekulasi yang dimainkan oleh media yang tidak berkredibiliti tetapi diangkat tinggi oleh para penentang pemerintah menjadikan negara dalam keadaan kelam kabut. Mujur keadaan ini tidak terlalu pantas seperti di Iran.

Khomenei, tokoh agamawan terulung dalam kenegaraan Iran terpaksa masuk campur bagi menyebut bahawa tiada berlaku penipuan dalam pilihanraya di Iran. Khabar angin bahawa undi-undi bagi calon yang menyebelahi puak Khatami dikatakan telah hilang.

Taktik ini sama dengan taktik PKR apabila menyebut undi-undi untuk mereka di Batang Ai dibuang ke laut. Malangnya, tiada bukti sehingga kini tentang dakwaan tersebut tetapi penganut fahaman PKR terus mempercayainya hingga hari ini.

Susulan PRU 12, banyak fitnah yang dibuat oleh agentur PR seperti Raja Petra yang hari ini, terbukti banyak melakukan penipuan dalam penulisan blognya. Selain itu, berlaku juga fitnah-fitnah dengan rekayasa gambar palsu contohnya Najib melakukan ritual agama Hindu.



Bantahan di Iran dibuat oleh penentang Revolusi Islam 1979 dan jika dilihat di kaca TV, para penentangnya terdiri dari penganut cara hidup barat dikalangan bangsa Parsi tersebut dan contoh paling baik ialah, dari penampilan mereka yang menghadiri protes itu sendiri, yang dilihat golongan yang mengharapkan provocateur ini menyeronokkan hari mereka dengan kekacuan yang tanpa mereka sedar, melemahkan kekuatan Iran yang dipandang sebagai negara Islam paling kuat ketika ini.

Mudahnya Barat masuk campur urusan negara Iran adalah kerana bangsa Parsi adalah bangsa yang gasar, tidak seperti bangsa Malaysia (kecuali sesetengah kaum yang memang gasar dan mudah memberontak).

Di Malaysia, seandainya rakyat dididik dengan politik samseng ala Nizar Jamaludin atas nama demokrasi, maka akan wujudlah generasi gasar dan memberontak tak tentu hala di jalanan dan ini sangat memudahkan campurtangan pihak asing dalam melonggarkan skru sendi persaudaraan dan dari pecahbelah bangsa terbesar, negara akan mudah distruktur semula mengikut acuan 'tangan-tangan tersembunyi'. Nik Aziz sendiri telah terjebak dalam mainan agentur. Apa lagi pemujanya.