Ahad, Julai 19, 2009

Chua Jui Meng : PKR Hanya Dapat Satu Lagi Sisa Buangan

Itulah nasib Parti Keadilan Rakyat. Mereka hanya akan mendapat pemimpin-pemimpin tahi dari Barisan Nasional yang 'dibuang' melalui proses perkumuhan parti pemerintah itu sendiri.

Chua Jui Meng adalah satu daripadanya. Ada pihak yang masik belum dapat melupakan skandalnya dengan Lim Kok Wing dalam menghabiskan duit rakyat untuk program Tak Nak Merokok lima tahun lalu.

Selepas kalah dengan Ong Tee Keat, kini Chua Jui Meng mengambil langkah menyertai PKR dan akan membawa 'konco-konco sepetnya' untuk memenuhkan PKR dan membantu menjadikan dominasi Cina dalam PKR lebih signifikan.

Ini kerana, dari segi pemikiran, Chua Jui Meng adalah dikira lebih bijak jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim yang banyak mengharapkan penasihat Barat.

Maka PKR tentu bersyukur kerana selepas menjadi juara kuil-kuil Hindu, kini PKR akan menjadi juara kaum-kaum Cina pula dan mungkin mereka juga inginkan hubungan akrab dengan kongsi-kongsi gelap Cina seperti mana yang dimulakan oleh DAP.

Hakikatnya, Chua Jui Meng, Chua Soi Lek, Koh Tsu Koon dan dua tiga nama India dan Melayu dalam Barisan Nasional merupakan liabiliti kepada Barisan Nasional. Keluarnya mereka amat ditunggu-tunggu namun mereka tidak akan dihalau, malah masih dimanjakan. Di samping sikap angkuh dan rasis yang tebal pada mereka hingga adakalanya menyerlah, mereka tidak layak untuk memperjuangkan negara satu bangsa.

Chua Jui Meng menyertai PKR bukan kerana mahu berpolitik tanpa sempadan bangsa dan agama. Hakikatnya Chua Jui Meng menyertai PKR adalah untuk mengepalai segmen Cina dalam PKR dan PKR tetap terbelah mengikut pembawaan identiti kaum masing-masing.