Sabtu, Julai 25, 2009

PKR Memperkuatkan Segmen Bukan Melayu - PAS Tak Mampu Martabatkan Islam

Bekas Naib Presiden MIC S.S. Subramaniam sertai PKR
Utusan Online 25/07/2009 10:07pm

KUALA LUMPUR 25 Julai — Bekas naib presiden MIC Datuk S.S Subramaniam hari ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) .

Keputusan itu dibuat tepat seminggu selepas bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng memutuskan untuk melompat ke parti yang sama.

Semasa mengesahkan perkara itu hari ini, Subramaniam berkata beliau menyertai PKR demi perpaduan kerana parti itu menyatukan semua bangsa di negara ini.

“Saya rasa ini parti untuk masa depan, Saya menyertai parti ini atas kerelaan sendiri,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Subramaniam turut menafikan dakwaan bahawa beliau menyertai PKR kerana ditawarkan kedudukan tertentu dalam parti.

“Saya tidak dijanjikan sebarang jawatan (dalam PKR). Saya menyertainya sebagai anggota biasa,” katanya.

Semasa dalam MIC, Subramaniam beberapa kali menjadi tumpuan kerana beliau banyak kali menentang presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu, menyebabkannya digugurkan daripada jawatan naib presiden pada 1994, untuk memberi laluan kepada pengantinya yang mempunyai nama serupa dengannya iaitu Dr S. Subramaniam.

Beliau merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan anggota Parlimen Segamat.

— BERNAMA

Ulasan

Bila isu lompat parti telah reda, kini ia menyebelahi pihak Pakatan Rakyat. Kali ini sudah tentu ia menjadi perkara yang halal malah mulia semulianya oleh ulaumak dalam PAS.

Setelah Chua Jui Meng mengepalai segmen Cina, S.S. Subramaniam pula mengambil tempat untuk mengepalai segmen Tamil dalam PKR.

Maka kali ini, PKR akan menjadi parti yang mempynyai suara bukan Islam yang lebih vokal dan akan menyaksikan golongan Melayu Islam didalamnya akan dihimpit kesatu sudut untuk dimampatkan, di ambil air serta jus tenaganya, dan dibuang seperti hampas.

Percakaran PKR dengan DAP seperti isu perlantikan Ahli Majlis Perbandaran di Selangor belumpun reda dan kali ini, akan timbul acara merebut pai sekecil PKR yang akan menyaksikan orang Melayu perlu beralah lagi untuk mereka-mereka ini. Kali ini dalam PKR.

Cukup sudah pluralisma di dalam PKR, homogenik Cina dalam DAP dan menyaksikan hanya PAS terkial-kial dalam Pakatan Rakyat mempertahankan Islam ala mereka. Bermusuh dengan orang seagama dan menjunjung orang yang tidak percayakan anutan mereka.

Berdasarkan kiraan matematik mudah, pai Pakatan Rakyat hanya 33.3% untuk orang-orang Islam. Yakni dari PAS. Mempunyai 33.3% suara dalam sebuah persefahaman menampakkan kelemahan besar dalam sistem demokrasi itu sendiri.

Mampukah Melayu Islam yang menyokong PAS dapat menjamin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini, tiada tuntutan gereja terbesar, azan diperlahankan ataupun tokong hindu setentang Masjid Putra di Putrajaya?

Jangan buat silap sampai tidak mampu lagi untuk berpatah balik. Allah SWT akan menzahirkan sesuatu atas apa yang kita usahakan.

Jika PAS terus mengusahakan permusuhan, bala yang akan diterima oleh agama Islam sangat rumit untuk difikirkan.