Ahad, Julai 26, 2009

PAS Subahat Maksiat Di Selangor?

Selagi PAS berbangga dengan keanggotaannya dalam Pakatan Rakyat dan berbahagia dengan kedudukannya dalam kerajaan korup Selangor, selagi itulah PAS akan menerima balasan saham dosa yang dulu mereka jauhi, tetapi kini mereka persekutukan.

Pertambahan rumah urut di Selangor merupakan saham maksiat yang sedikit demi sedikit dibebankan Tuhan di atas 'kuduk' pemimpin, anggota, penyokong dan fanatik PAS, hasil sikap bermusuhan yang terlalu mereka agungkan.

Tanpa perlu banyak menilai, sudah tentu pemimpin PAS mempunyai alasan sendiri dalam menghalalkan situasi yang berlaku di negeri Selangor. Apakah justifikasi PAS dalam syubhah mereka kepada aktiviti maksiat ini boleh diterima lagi oleh orang Islam di negara ini?

PAS mengecewakan umat Islam yang mengundinya. Ini kerana Pakatan Rakyat belum wujud semara PRU12. Ini juga bermakna, mereka tidak tahu yang mereka akan dikahwinkan dengan puak yang menikmati setiap saat perlakuan maksiat.

Ini tidak ubah seperti seorang suami yang beriman, mengahwini seorang wanita yang nusyuz, gemar berbuat dosa dan tidak langsung mempercayai anutan agama suaminya. ADAKAH SUAMI SEPERTI INI AKAN KE SYURGA?

Sudah cukuplah dengan perpecahan yang dibawa oleh segmen Nik Aziz di dalam PAS. Marilah kita, ahli UMNO yang tidak berjuang berlandaskan wang ringgit harta benda, kayu balak, rumah urut, dan masih sedar bahawa perkara syubhah akan merumitkan urusan di akhirat, untuk meyakinkan ahli PAS bahawa penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat adalah pelaburan yang tidak bijak untuk akhirat.

Itupun jika mereka masih percaya bahawa adanya hari akhirat.