Selasa, Julai 28, 2009

Nik Aziz Menuju Zaman Pikun?

Seperti seorang yang telah dimasuki syaitan, Nik Aziz keras menunjukkan kebenciannya terhadap UMNO yang katanya telah menyimpang dari Islam. Atas dasar apakah dia berkata demikian?

Jika semua pemimpin UMNO beserban sepertinya sekalipun, Nik Aziz tetap Nik Aziz. Kekal dengan seorang yang disebut di dalam kitabullah sebagai pemimpin bertopengkan dakwah ke jalan Allah, tetapi hakikatnya memimpin ke arah kesesatan.

Apa juga yang dibuat olehnya selepas ini tidak mungkin akan dilihat sebagai sesuatu yang baik lagi.

Selama ini, ramai orang UMNO melihat Nik Aziz sebagai seorang yang bagus dan dihormati. Pasca PRU12, Nik Aziz semakin menunjukkan kebodohan demi kebodohannya. Adakah dia telah pikun?

Jika dia telah pikun, yakni kembali ke sifat kebudak-budakan, salah satu fitrah kejadian manusia, kita hanya mampu memaafkannya. Biarlah budak-budak dengan sifat kebudak-budakannya. Melayan karenah budak-budak dengan emosi hanya memeningkan kepala.

Negarawan ulung sekalipun, tidak terlepas untuk kembali bersifat kebudak-budakan seperti ini. Tun M contohnya, kerap menunjukkan sifat tersebut kebelakangan ini.

Malangnya, PAS masih lagi meletakkan seorang budak untuk menjadi Mursyidul Amnya. Bukankah itu satu kesilapan? Mungkin kesilapan ini disengajakan demi kepentingan pihak tertentu.

Siapakah dia yang berkepentingan itu?

Maafkanlah sahaja Nik Aziz. Kerana dia kini seorang kanak-kanak yang dipergunakan.