Sabtu, Ogos 01, 2009

Permatang Pasir : Mesej Dari 17,000 Pengundi Dituntut

Permatang Pasir yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh merupakan kampung asal Anwar Ibrahim. DUN Permatang Pasir dan DUN Penanti dikuasai pembangkang, tetapi DUN Seberang Jaya yang turut terletak dalam Permatang Pauh dimenangi Arif Shah dari BN.

Cabaran UMNO untuk merampas kerusi ini di Permatang pasir adalah merupakan usaha mendapatkan kemenangan ironis. Ini kerana UMNO berhadapan dengan sentimen kenegerian yang membuatkan kemenangan PAS adalah berdasarkan sentimen survival di negeri yang meminggirkan minoriti itu.

Namun, jika diperhatikan pemikiran masyarakat umum yang sama sekali tidak mengundi mengikut parti, tetapi mengikut hati, keputusan yang dinantikan bakal memberi jawapan yang menggemparkan.

Isu Anwar enggan bersumpah dan enggan ke mahkamah mungkin memainkan peranannya lagi seperti Ogos tahun lalu ketika Anwar merebut kerusi Permatang Pauh. Anwar seolah-olah berhadapan isu yang tidak sudah-sudah.

Isu-isu di Selangor dan Perak jika dibawa masuk ke Permatang Pasir, dan disampaikan dengan jelas dan betul, mampu merubah pemikiran pengundi atas pagar hanya dalam tempoh semalaman.

Adakah penduduk Permatang Pasir akan membuat perhitungan atas dasar survival?

Oleh kerana itulah kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang yang dimenangi dengan majoriti 5,433 undi dari 16,575 orang pengundi. Jika UMNO memenangi kerusi tersebut sekalipun, kerajaan Pulau Pinang tetap dicatur DAP.

Perebutan kerusi Permatang Pasir merupakan ujian yang datang untuk PAS setelah DAP menerima ujian kes Teo Beng Hock.

Tetapi hanya beberapa ribu sahaja yang membuat perhitungan. Yang menduga-duga keputusan jumlahnya berjuta-juta.

Permatang Pasir, sebagai kampung Anwar Ibrahim dan kerusi tunggal PAS Pulau Pinang, pasti akan memberi jawapan yang terang dan jelas untuk Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.