Khamis, Ogos 06, 2009

Bila Sendiri Cari Nahas, Perlukah Dibayar RM10 Juta?

Utusan Online, 06/08/2009 5:09pm

Kerajaan, PDRM disaman RM10 juta


KOTA BHARU 6 Ogos - Pelajar tahun dua Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, Muhammad Huzaifah Mohd. Noor hari ini memfailkan tuntutan sebanyak RM10 juta di mahkamah tinggi di sini terhadap tiga defendan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia.

Tuntutan tersebut sebagai ganti rugi terhadap mangsa yang buta mata sebelah kanan akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk meleraikan rusuhan penyokong selepas perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Mohamad Ke IV 7 Julai lalu.

- Utusan

Ulasan

Inilah yang dikatakan berak merata-rata tetapi suruh orang lain cucikan. Bukan cuci guna air paip, tetapi air kasturi yang diminta.

Acap kali bila berlaku kerusuhan, demonstrasi dan tunjuk perasaan, orang ramai kerap diminta untuk menjauhi kawasan tersebut. Tidak kiralah apa juga niat untuk berada di kalangan perusuh, tindakan menempatkan diri dikalangan perusuh hanya mengundang bahaya.

Sudah tentu mereka-mereka yang mematuhi arahan untuk menjauhi persekitaran seperti ini tidak akan melanggar ingatan tersebut tanpa didorong rasa seronok, teruja dan rasa ingin turut sama menjadi mobster.

Akhirnya, apabila terjadinya perkara di atas, berjuta-juta ringgt pampasan dituntut oleh 'mangsa' yang sememangnya mencari nahas.

Tiada apa yang dapat dinilaikan sebagai layak untuk Huzaifah diberi pampasan kecuali sedikit pembelaan bagi meringankan kesengsaraan. Bukannya saman mendesak seperti Anwar Ibrahim yang dibuat atas dasar menutup perbuatan salah sendiri.