Kasihan, malu, sedih dan hairan. Semuanya bercampur baur apabila melihat PAS Selangor diperkotak-katikkan. Walaupun penulis tidak sealiran dengan perjuangan PAS yang kini bersifat sesumpah hasil dari sumpahan Anwar Ibrahim, penulis tetap menganggap penyokong PAS adalah saudara seagama yang perlu dibela.
Tulisan-tulisan selama ini yang menghentam PAS bukanlah untuk menghina seperti The Mighty Hen, blog cabang dari koalisi PAS-PKR-DAP. Semuanya adalah bertujuan memupuk kesedaran kepada manusia-manusia yang tamak, sombong, dan menjayakan misi memusnahkan persaudaraan Islam, untuk kembali kepada penyatuan berasaskan pegangan agama.
Ronnie Liu yang buat onar, dikecohkan oleh Azmin Ali dan Wee Chee Keong, tetapi Hasan ali yang menerima hentaman DAP. Tidakkan dapat kita lihat betapa hebat kebencian dihati DAP terhadap Islam dan segala yang berkaitan dengan tuntutan Islam sendiri? Apakah diperkenankan Tuhan persengkokolan PAS dan DAP? Kita tidak mungkin mendapat jawapan. Kerana kita diberi akal fikiran untuk berfikir tentang baik-buruk tindakan yang perlu dilakukan. Apalagi ianya melibatkan corak asuhan kepada segerombolan manusia yang taksub.
Firman Allah dalam Surah Ali'Imran ayat 118, yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.
Keterangan ini sudah cukup jelas apabila pertikaian ditimbulkan dengan jelas dan tanpa berselindung bahawa mereka yang menimbulkan gesaan yang dekat kepada syariat Islam akan dihentam habis-habisan.
Mengapa Azmin Ali tidak di cadang untuk tindakan tatatertib? Ini kerana ianya bukan berkaitan soal Islam. Telah nampak kebencian pada diri mereka terhadap Islam dan apakah perhitungan bagi ahli-ahli PAS yang bermati-matian mempertahankan DAP di Perak satu ketika dahulu?
Pendapat cetek bahawa PAS Selangor hanya akan berkuasa apabila orang Melayu meninggalkan UMNO dan menyokong PAS hanyalah taktik kosong. Ini kerana, jika kita lihat pondok PRU12 di Kelantan dahulu, bersepah-sepah botol arak dari jenama Carlsberg dijumpai di 'markas' Kelab Penyokong PAS berbangsa Cina.
Juga, masih wujud remaja-remaja membungkus samsu haram dan arak murah di dalam bekas plastik di Kota Bharu sendiri.
Soal penguatkuasaan MBSA ke atas larangan penjualan arak di Shah Alam hanyalah mematuhi syarat operasi kedai serbaneka itu sendiri yang dibuat dengan lebih teratur.
7-eleven di Bandar Baru Bangi dan Kampung Baru tidak menjual arak atas desakan penduduk. Jika premis tersebut menjual arak, nescaya para penduduk akan bertindak melampaui undang-undang.
Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam adalah satu tindakat yang dikuatkuasakan dengan teratur. Malangnya, Ahli Parlimen Shah Alam sendiri merupakan seorang ajen Dajjal dari parti PAS yang memberi ceramah di gereja-gereja menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian.
Itulah malang terbesar dan apa yang berlaku merupakan bala susulan ke atas PAS Selangor. PAS adalah parti yang dahulunya indah, tetapi kini menjadi alas kaki golongan kafir harbi. Patung Buddha terbesar di Malaysia telah tertegak di Pengkalan Chepa tetapi sampai bilapun masjid terbesar di Malaysia tidak akan terbina di Pulau Pinang. Itulah gambaran PAS yang sentiasa memohon untuk diperolok-olokkan.