Sabtu, Ogos 08, 2009

Selagi Pulau Pinang Dijajah Pendatang Luar..

Desakan Lim Guan Eng supaya sahabat baiknya, seorang blogger anti-Melayu merangkap anti-Islam yang kemudian ditabalkan sebagai Ahli Parlimen oleh pengundi yang jumud, Jeff Oii, supaya memohon maaf berhubung kenyataannya yang mengaitkan usaha mendaulatkan Islam sebagai gerakan ekstremism hanyalah semata-mata untuk memastikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan menanggung akibat pada PRK Permatang Pasir.

Wah, pandai sangatlah LGE melihat politik sempit ini. Mungkin dia sedia maklum tentang corak sokongan di Permatang Pasir. Ini kerana dengan meletak tunggul kayu sekalipun PAS dilihat mampu memenangi kerusi tersebut.

Memang malang demi malang jatuh bertimpa-timpa ke atas PAS PKR dan DAP kebelakangan ini. Tidak sampai seminggu selepas LGE mengingatkan agar PAS tidak mengulangi kesilapan di Manek Urai, Jeff Oii telah membuat kenyataan yang menjadi beban buat LGE sendiri.

Sambil minum pagi, mungkin LGE berkata kepada Jeff Oii dengan nada begini " You just say sorry la.. that kampong people just want to hear that.. I know, Pakatan sure win one.. the kampong people are easily blinded by this.. just say sorry lorr.. 可以嗎 ?"

Namun hingga hari ini, Jeff Oii belum sempat menyatakan kemaafannya ataupun menunjukkan penyesalannya.

Pulau Pinang oh Pulau Pinang. Anak negeri di buang, orang luar diambil mentadbir. Itulah ciri-ciri sesebuah kawasan pemerintahan yang tergadai. Sudahlah tergadai, pemerintahnya memandai-mandai. Lim Guan Eng adalah jelmaan Francis Light dalam bentuk baru.

Orang Cina di sana, Hokkien, Khek, Hakka,Teochew mungkin menyedari kesilapan ini. Tetapi orang Melayunya terutamanya di Permatang Pauh sudah tentulah ramai yang bersikap "lantak pi lah" walaupun kelak, buat pertama kalinya beer boleh dibeli di tengah bendang.

Semoga segalanya berubah kali ini walaupun, jika berlaku kekalahan PR di Permatang Pasir, ianya tidak membawa apa-apa makna buat rejim Lim Guan Eng kecuali rasa seronok kerana tiadanya 'Parti Islam' yang ada kebencian besar dalam hatinya sendiri ke atasnya.

Selagi Pulau Pinang dijajah pendatang luar, negeri tersebut seolah-olah disumpah dengan 1001 sumpahan yang bakal menyusahkan.

Blog The Mighty Pen Mati Terjun Bangunan?



Kata orang, jangan memalit najis ke muka sendiri. Kelak pakaian yang indah tidak berguna lagi. Itulah yang mungkin terjadi kepada pemilik-pemilik blog The Mighty Pen atau lebih mulia dipanggil The Mighty Hen. Ayam-ayam yang perkasa ini semuanya telah disembelih nampaknya. Baguslah. Tidak guna jika hits mencecah 4 juta jika mereka yang menjengah adalah para saksi kepada kebodohan pemilik blog itu sendiri. Apa yang pasti, para penulis blog The Mighty Hen akan kembali dengan nama lain tetapi mendokong agenda sampah yang sama bagi menggambarkan sikap racist melampau mereka dan penghinaan mereka terhadap Islam. Namun, apa yang pasti, blog tersebut telah disembelih dan menjadi lauk akibat kebodohan sendiri. Tahniah Bloggers Pembela Negara.