Selasa, Ogos 11, 2009

Lembah Pantai Parlimen Pertama Menunjukkan Petanda Positif

Sejauh-jauh Sabah, Malaysia sebenarnya sebuah negara yang tidaklah besar mana. Penulis ingin memaparkan khabar indah yang diperdengarkan, lalu dibuat kajian ke atasnya. Ianya berkaitan betapa lemahnya seseorang wakil rakyat sehingga penyokongnya sendiri meramalkan kekalahannya pada PRU berikutnya.

Parlimen Lembah Pantai yang diwawarkan mula signifikan dengan nama Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan, telah terhakis imej Nurul Izzah Anwar, anak Anwar Ibrahim, yang menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut.

Rakan taulan yang berfahaman 'mata satu' mula membayangkan bahawa Raja Nong Chik akan menang bergaya parlimen Lembah Pantai dan mereka terlupa pada Shahrizat Jalil yang mengusahakan rumah PPRT berlambak-lambak dikawasan tersebut khususnya Pantai Dalam bagi membolehkan rumah atap zink karat dan dinding papan ditiadakan.

Bagi sesetengahnya pula, Shahrizat Jalil sudah agak lama di situ dan anak Pulau Pinang ini bagaikan sudah diucapkan 'terima kasih daun keladi, jumpa saja di lain kali'.

Program-program tanpa protokol yang dibuat oleh Raja Nong Chik memperlihatkan betapa ambisi beliau untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai seakan-akan sudah mendapat pengesahan pemimpin tertinggi.

Ada juga yang memberi gelaran ' Ahli Parlimen Lembah Pantai yang sebenar ' kepada beliau memandangkan Nurul Izzah langsung tidak menunjukkan minatnya dalam mendekati rakyat dikawasan itu.

Nurul Izzah dikatakan bagai sengaja menempa nama buruk demi mengharapkan kekalahan atau enggan bertanding lagi. Apakah benar hal demikian, jika benar, rugilah pengundi Lembah Pantai untuk penggal kali ini kerana memilih orang yang tak sepatutnya.

Apapun, kemenangan Nurul Izzah pada PRU12 mungkin mempunyai rahmat tersembunyi buat UMNO Bahagian Lembah Pantai. Yang diharapkan ialah UMNO bahagian tersebut terus menabur jasa dan bakti kepada penduduk dan persetankan hooligan politik PKR yang bermulut satu bersembang bagaikan seribu.

Kata orang, merampas lebih mudah dari mengekalkan kerusi. Pemulihan imej BN dengan mendadak di Lembah Pantai harus menjadi bench mark bagi lain-lain kawasan yang jatuh ke tangan Pakatan Rosak untuk membaik pulih keyakinan pengundi.